Saturday, April 17, 2010

Bab 6 dan Bab 7.......

Bab 6

T

anggal 17 Mei 2005 aku melanjutkan pelajaran di tingkatan enam dalam aliran kemanusiaan. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Chiku kerana sekolah lamaku tidak ada tingkatan enam. Jadi aku terpaksa bersekolah di sekolah tersebut. Suasana dan persekitaran yang baru dan teman satu sekolah dahulu ada bersama ku. Aku tak berasa kekok untuk menyesuaikan diri di sekolah baru. Lagi pula ada diantara pelajar di sekolah baru itu yang aku dah mengenali mereka sewaktu sekolah menengah dahulu melalui program yang aku libatkan diri. Diantaranya seperti Sharkawi bekas ketua pengawas, Rosmariani, dan lain-lain lagi. Program orientasi bagi pelajar tingkatan enam rendah banyak membantuku untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Aku mengambil subjek Ekonomi, Bahasa Melayu, Pengajian Am, Sejarah dan Sastera. Pada tanggapan pertamaku tentang subjek ekonomi amatlah susah kerana seniorku berkata demikian. Pada permulaanku melihat buku teks Mikroekonomi dan Makroekonomi cukup melemahkan semangat ku untuk mempelajari subjek tersebut. Dengan grafnya yang bersimpang siur, dengan formula yang membuatkan aku loya melihatnya. Itulah persepsiku pertamaku terhadap subjek ekonomi. Namun pesanan dari guru matapelajaran itu namanya Cikgu Zakaria cukup membuatkan ku minat terhadap subjek tersebut. Dengan pengajaran yang disampaikan didalam kelas cukup membuat aku tertarik dengan matapelajaran lain. Kalau subjek lain tidak menjadi masalah bagi aku kerana aku dah ada basic dalam mempelajari subjek itu.

Awak semua sebenarnya beruntung menjejaki ke tingkatan enam, kerana kaki awak dah selangkah menjejaki tangga universiti. Pesan cikgu Zakaria kepada semua pelajar dalam kelasku. Sedikit sebanyak beliau telah menyuntik semangat kami semua untuk meneruskan pelajaran sewaktu berada dalam tingkatan enam. Biarpun ramai kawanku yang memasuki tingkatan enam dahulu telah melanjutkan pelajaran ke politeknik, UITM, dan sebagainya. Aku tak kisah semua itu. Apa yang penting aku mesti meneruskan pelajaranku dalam tingkatan enam. Sekali melangkah aku tidak akan berpaling namun perjalan harusku teruskan. Biarpun dugaan yang mendatang, ujian yang menimpa, ku pasrahkan pada Yang Esa dimana dia yang telah menentukan segala-galanya.

Stelah beberapa minggu berlalu, hanya yang tinggal dalam kelasku seramai 20 orang. Empat lelaki dan enam belas orang perempuan. Sharul Anuar, Usop dan Mak lan yang tinggal. Itulah jejaka yang menghiasi kelas 6 A 3 termasuk aku sekali. Walaupun kami tidak ramai lelaki, namun kelas tetap bingit dengan telatah Usop yang sentiasa menghiburkan. Walaupun begitu, cikgu kelas aku pada waktu itu ialah cikgu Siti Fatimah. Sifatnya cukup lembut dalam mengajar dan mendidik kami semua. Sentiasa memberi semangat untuk belajar supaya kami semua dapat melanjutkan pelajaran ke ipt. Setelah sekian lama kami belajar tibalah kami diuji dalam peperiksaan pertengahan tahun. Pengetahuan pelajar akan duji dalam peperiksaan ini. Sejauh mana mereka membuat persediaan untuk peperiksaan yang sebenar. Peperiksaan tersebut diadakan pada bulan Jun. Genap dua minggu kami menjalani ujian tersebut maka berakhirlah ujian tersebut. Setelah keputusan dikeluarkan, aku didapati tidak lulus semua mata pelajaran. Namun aku tidak kecewa dengan keputusan tersebut kerana aku tahu aku kurang persediaan dalam menghadapinya. Guru kelasku amat kecewa dengan keputusanku, sedangkan aku pada waktu itu memegang jawatan sebagai Ketua Pelajar di sekolah. Setelah berleter panjang kini giliranku pula untuk dibarainwash oleh cikgu.

”Irwan, kalau awak ada sijil sebanyak mana pun ianya tidak akan ada nilai walau sedikit pun sekiranya awak tidak dapat masuk U”. Leternya dengan nada kecewa. Mukaku mula merah menahan malu akibat leterannya itu. Disitu aku mulai sedar akan tanggungjawabku yang sebenar. Aku tekadkan semangat untuk membuktikan bahawa aku mampu untuk bersaing dengan kawanku yang lain. Mulai minggu aku aku telah menubuhkan kumpulan untuk belajar bersama-sama. Dengan itu, aku teruskan sehingga peperiksaan yang sebenar. Aku mula menunjukkan peningkatan didalam peperiksaan percubaan STPM dengan mendapat tiga prinsipal. Aku bersyukur usaha berbaloi setelah dibasuh oleh beberapa orang cikgu yang lain.

Setelah sekian lama belajar, akhirnya aku mula menempuh peperiksaan yang sebenar. Pada permulaanya, aku memohon restu dari kedua orang tuaku dan mintak diorang supaya sentiasa berdoa dan mngadakan solat hajat bagi setiap kertas yang akan aku duduki. Selain dari itu, aku juga mohon restu dari semua guru yang mengajarku. Alhamdulillah, aku memanjatkan rasa syukur kepada tuhan kerana aku berasa tenang dalam menjawab peperiksaan pada tahun tersebut. Aku juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendidikku sewaktu aku belajar di sekolah tersebut, biarpun hanya satu tahun setengah aku berada disekolah namu banyak pengalaman yang aku kutip dan timba sewaktu berada disana.

Cuti sekolah bermula setelah aku selesai menduduki peperiksaan. Aku mengambil masa tersebut dengan bekerja sebagai pengait buah kelapa sawit bersama dengan orang kampungku sebelum aku berhijrah ke kota. Duit itu aku simpan dan berikan kepada ibuku untuk membeli keperluan harian. Sekurang-kurangnya aku dapat mengurangkan beban kedua orang tuaku kerana aku tahu ramai lagi adik-adikku yang lain masih bersekolah.

Bermulanya tahun 2007, aku telah berhijrah ke Selangor untuk bekerja disana sementara menunggu keputusan STPM ku keluar. Aku berjaya mendapatkan kerja sebagai Cleaner kapal terbang di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Aku bekerja disana selama tiga bulan setelah aku berjaya menduduki temuduga untuk ujian Medsi dalam melanjutkan pelajaran ku dalam bidang pendidikan. Aku pulang ke kampung dengan memberitahu ibuku, dan dia cukup berbangga biarpun temuduga itu belum pasti lagi aku dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut. Sinar cahaya semakin memancarkan cahayanya dalam hidupku setelah salah seorang kawan menghantar sms supaya aku memeriksa keputusan samada aku berjaya atau tidak untuk melanjutkan pelajaran di ipt. Setelah beberapa minit menunggu akhirnya aku memeriksa handsetku dengan melihat isi yang terkandung di dalamnya. Setelah aku membaca aku teruskan mendapatkan ibu yang sedang memasak didapur dan kucium pipinya dan tanpa ku sedari air mataku mengalir sebagai tanda gembira dan bercampur dengan segala-galanya dengan memberitahu ibuku bahawa aku berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Aku sempat melihat dari kelopak mata ibuku terdapat air jernih yang bertakung mengenangkan anak pertamanya dapat melanjutkan pelajaran ke ipt. Kerana itulah harapannya semasa dia menghantarku belajar di sekolah. Aku masih ingat lagi pesan mak.

Wan, mak tiada harta untuk ditinggalkan. Maka hanya ada kemampuan untuk memberikan kau ilmu. Itulah kata-kata mak yang sering terngiang dalam kotak fikirku tatkala aku lemah dalam menghadapi dugaan sewaktu belajar dahulu. Seterusnya aku mencium pipi ayah dan air matanya juga mengalir sebagai tanda gembira dengan berita itu. Ayah tak sangka anak ayah dah nak jadi bakal cikgu. Itulah yang ayah selalu doakan. Kata ayah padaku.

0 comments:

Post a Comment

tq budi. satu pembaharuan untuk anda dalam membuka ruang untuk berkomunikasi dengan kenalan rapat anda.

Anda Pengunjung Ke.....

  ©Template by Dicas Blogger.