Friday, March 12, 2010

Bab 4

Bab 4

Tanggal tahun 1994 bermulalah alam persekolahanku yang sebenar. Pada tahun ini aku berada dalam darjah 1. Aku juga bersekolah bersama dengan pak cik yang berada dalam darjah enam. Rakan sekelas ku semuanya ada 43 orang. Ramai cikgu yang aku kenali dan rakan-rakanku. Aku masih teringat lagi, pada suatu hari cikgu matematik memasuki kelasku yang brnama Cikgu Azlan. Pertama sekali sebelum dia mngajar kami dia bertanya apakah cita-cita kami terdahulu. Seorang demi seorang dia bertanya ada yang menjawab nak jadi askar, bomba tukang kebun dan sebagainya.

Tiba giliran aku pula, Irwan Kamu nak jadi apa suatu hari nanti? Soal Cikgu padaku.

Saya nak jadi chef cikgu. Jawabku.
Kenapa kamu nak jadi chef Irwan? Soalnya lagi.
Sebab saya main masak-masak dengan kawan-kawan.

Tiap hari kalau ada masa yanag terluang kami akan main masak-masak. Oh yeker.

Betul cikgu. Saya main dengan nazeri, khairul, dayah dan yang lain-lain.
Menurut peringkat perkembangan kerjaya Teori asal Ginzberg menyatakan bahawa proses membuat keputusan yang berkaitan perkembangan kerjaya, pada tahap ini aku berada pada Peringkat Fantasi. Dalam teori ini menyatakan, individu yang berumur antara 6 hingga 11 tahun. Pemilihan kerjaya pada tahap ini adalah berorientasikan permainan dan banyak dipengaruhi oleh orang dewasa yang signifikan dalam hidupnya tanpa memahami keadaan realitinya. Implikasi daripada keadaan ini, kanak-kanakakan memilih pekerjaan sebagai guru semata-mata kerana ingin menjadi seperti ibu atau ayahnya, bukan kerana minat kepada pekerjaan itu.

Dalam mengharungi kehidupan pada usia tajuh tahun iaitu dalam darjah satu, aku masih tidak dapat melupakan satu peristiwa yang mana seorang ustaz menghukum kami yang tidak dapat menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan Nama Ustaz tersebut ialah Ustaz Wan Mohd Shukri. Dia telah menghempapkan kepalaku di meja sambil kami dikehendaki berdiri diatas kerusi. Aku menganggap ustaz tersebut sebagai seorang yang zalim dan kejam. Aku tidak dapat menerima hukuman tersebut walaupun akun masih kanak-kanak lagi pada waktu itu. Ramai dalam kalangan kawan-kawanku yang seangkatan tidak menyiapkan kerja sekolah menangis oleh kerana tindakannya itu.

Perjalan hidupku diteruskan lagi biarpun aku baru sahaja berada dalam darjah satu. Sewaktu pulang dari sekolah, aku berjalan seorang diri menempuhi sinaran cahaya matahari yang amat menyengat pada kulitku. Jalan yang berbukit, dengan beg yang sarat dengan buku amat membebankan. Ayahku juga jarang sekali mengambilku dari sekolah kerana dia bekerja dan ibuku juga bekerja pada saat itu. Aku memerhati keadaan yang cukup permai dan aman semasa perjalan pulang. Tiba-tiba datang sebuah motosikal yang menghala kearahku. Aku cuba melarikan diri kearah sebatang paip yang berada di seberang jalan di sebelah kananku. Dalam aku melarikan diri pada motosikal tersebutdatang sekali lagi motosikal dari arah yangb sama dan aku tidak sempat mengelak lantas aku dilanggar oleh motorsikal tersebut. Aku terus jatuh pengsan dan tidak menyedari apa yang berlaku. Nasib baik tempat aku dilanggar itu berhampiran dengan sebuah klinik. Aku tidak dapat pastikan berapa lama aku pengsan dan aku menyedari yang telah berada dalam klinik. Aku lihat ibuku berada disampingku sambil melihat Jururawat desa menjahit kepalaku yang terbelah. Kecedaraan yang aku alami di kepala menyebabkan aku terasa pening hendak pergi ke sekolah pada keesokan hari. Aku menerima sebanyak lima jahitan dikepala. Ibuku yang berada disampingku menitiskan air mata tanda kesedihan yang menimpa diriku. Lantas dia memeluk tubuhku yang kecil sebagai tanda kasih sayangnya biarpun aku seorang anak yang kadang kala degil dan tidak dengar cakap. Itulah peristiwa yang mungkin tidak akan lupakan sampai akhir hayat.

Setelah dua tahu yang berlalu, aku sekarang berada dalam darjah tiga. Pada tahu ini, aku juga telah terpilih untuk Peperiksaan Tahap satu (PTS). Murid yang terpilih adalah seramai 15 orang daripada 43 orang rakanku yang lain. Mana-mana pelajar yang terpilih untuk perperiksaan ini akan terus melangkau ke darjah 5 tanpa mengikuti pembelajaran pada darjah empat. Dalam peperiksaan tersebut amat mengecewakan kerana kami semua gagal. Tiada siapa yang dapat melangkau kelas. Menjelang akhir tahun sesi pemilihan bagi murid-murid yang akan menjadi pengawas sekolah. Pemilihan tersebut dipilih oleh guru disiplin. Aku berasa kecewa kerana tidak terpilih. Mungkin secara fizikal aku tidak layak untuk menjadi pengawas pada saat itu. Kekecewaan ku terubat setelah aku terpilih untuk menjadi pengawas perpustakaan.
Selepas ini aku tidak perlu lagi memakai baju warna putih. Desis hati kecilku.

Dan lantas bibirku menguntum senyum sebagai tanda kebanggaan kerana terpilih sebagai pengawas sekolah.

Menurut Teori Psikoanalisis yang diasaskan oleh Sigmund Freud (1856-1939) yang mana telah memperkenalkan Mekanisme Bela Diri. Terdapat sebanyak 10 mekanisme bela diri yang diperkenalkan oleh Freud iaitu Represi, denial ( penafian), displacement (pndah-gantian), Projeksi, identification (identifikasi), pembentukan reaksi, Regression (regressi), sublimation ( sublimasi), Fantasy (Fantasi), dan Compasation (Kompensasi).

Pada tahap tersebut aku telah menggunakan mekanisme bela diri Kompensasi yang bermaksud seseorang yang menutup kelemahan diri dengan membesarkan kejayaan di bidang lain. Biarpun aku tidak terpilih untuk menjadi seorang pengawas sekolah, namun aku telah terpilih untuk menjadi seorang pengawas Perpustakaan dan bila aku menungkat pada darjah enam aku telah dicalonkan sebagai ketua pengawas perpustakaan. Penolongku pada waktu itu namanya Norfarhana jiran rumahku dan sering main masak-masak bersama ketika waktu kecil dahulu. Sewaktu berbaris pagi aku memonteng dan tidak mahu baris dihadapan kelas kerana aku cukup menyampah dengan karenah pengawas sekolah yang mempunyai lagak yang tersendiri. Aku telah menggunakan kuasaku sebagai ketua pengawas perpustakaan untuk berada di dalam perpustakaan demi memantau orang bawahanku yang bertugas setiap pagi.

Pada tahun tersebut iaitu pada tahu 1999 merupakan cabaranku yang pertama dalam dunia pendidikan dimana pada tahu itu aku akan menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Matapelajaran yang aku paling minati pada waktu itu ialah matematik kerana cikgu yang mengajarku cukup tegas dan banyak memberi tugasan kepada kami semua. Tugasan berbentuk latih tubi dijalan secara berpasangan. Aku berpasangan dengan Shazulieadi juga seorang pengawas perpustakaan pada ketika itu. Dalam meningkatkan peratus kecmerlangan pihak sekolah telah mewujudkan sistem anak angkat. Dua orang murid bagi seorang guru. Program ini melibatkan seramai 10 orang murid yang menjadi harapan sekolah termasuk aku. Kiranya aku bukanlah pelajar yang pandai sangat. Tapi aku mempunyai semangat untuk bersaing dengan rakan rakan yang bejaya di tempat teratas atau top five. Selama aku menjadi anak angkat Cikgu Ismail, setiap malam hari persekolahan aku bersama dengan adi tidur dirumah cikgu tersebut. Selepas maghrib ayahku menghantar aku kerumah cikgu dan aku dikehendaki belajar mengikut jadual yang telah ditetapkan. Begitulah rutin hidupku sehingga peperiksaan percubaan UPSR. Pihak sekolah telah menjalankan banyak program untuk murid-muri tahun enam seperti solat hajat perdana, program seminar menjawab soalan dan sebagainya. Selang beberapa bulan kemudian aku menduduki peperiksaan UPSR yang sebenar. Aku menghadapi peperiksaan tersebut dengan ketenangan dan membawa seribu harapan oleh keluargaku.

Selepas peperiksaan tamat pihak sekolah banyak menganjurkan program untuk murid lepasan UPSR seperti pertandingan badminto, kuiz, menghias taman sekolah, mewujudkan mini muzium dan sebagainya. Kami semua cukup seronok dengan program yang sedemikian.
Pada waktu rehat, aku beberkumpul dengan kawan seperti Zul, Wadi, Nazri dan yang lainya berbincang tentang persekolahan yang kami akan tujui di sekolah menengah nanti.
Zul, kau nak sekolah kat mana nanti. Soalku?
Aku nak belajar kat sekolah pondok. Jawab Zul.
Kau pulak Wadi? Aku bertanya pada Roswadi.
Aku dekat SMK Paloh jer. Buat ape nak pergi sekolah jauh-jauh adik aku ramai lagi. Lagipun mak dan ayah aku tak mampu nak sara aku sekolah jauh ni. Jawab Wadi.
Kau Wan nak sekolah kat mana? Azhar bertanya padaku. Aku nak sekolah di SMK Pahi. Jawabku.
Aku memilih sekolah tersebut kerana rakan senior aku juga sekolah kat sana. Sekolah tersebut terletak dekat dengan bandar Kuala Krai. Satu ringgit jer tambang kalau dari sekolah nak pergi ke bandar. Lagi pula aku memilih sekolah kat sana kerana nak cari pengalaman hidup berjauhan dengan keluarga. Biarpun kutahu sekolah tersebut terlalu jauh dengan keluargaku. Kami berborak sehingga waktu persekolahan tamat. Pada waktu itu kami bebas dan kurang terikat dengan peraturan sekolah yang penting kami tidak balik kerumah. Itu pesan cikgu disiplin. Guru disiplin pada waktu itu ialah cikgu Hassan. Dia baru sahaja 4 tahun berkhidmat di sekolahku. Oleh ker\ana ketegasannya duia telah dilantyik sebagai guru disiplin. Semua murid hormat kepadanya.

Sekian lama menunggu akhirnya keputusan UPSR diumumkan. Perasaanku tidak merasai apa-apa pun. Entah kenapa tidak wujud perasaan gementar, takut dan sebagainya. Mungkin aku rasakan peperiksaan tersebut tak berapa penting. Aku bersama dengan Shazzuliadi berjalan menuju ke sekolah untuk melihat keputusan kami yang ditampalkan pada papan kenyataan sekolah di hadapan perpustakaan. Aku hanya dapat 1 A 3 B dan 1 C. Manakala Shazzuliadi hanya mendapat 1 A 2 B dan 2 C. Aku sangat bersyukur kerana aku tergolong dalam kalangan pelajar yang cemerlang pada saat itu. Pada tahu tersebut juga sekolah ku mencatat sejarah kerana terdapat seorang pelajar yang berjaya mendapat 5 A dalam semua subjek. Namanya Zalmiza. Cukup terkenal dengan kepintarannya kerana sentiasa mendapat tempat yang pertama dalam kelas bermula dari darjah satu sampai darjah enam. Semua cikgu bangga atas kejayaannya itu. Walaupun begitu Pihak pengurusan KESEDAR telah menawarkan pakej percutian kepada murid yang cemerlang di semua kawasannya termasuk Paloh 1, Lebir, Sungai Asap, Bertam dan banyak lagi. Setiap sekolah dibenarkan menghantar 5 orang pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan untuk pakej tersebut. Namaku juga tersenara dalam pelajar yang cemerlang di sekolah dan terpilih untuk pergi bercuti. Percutian tersebut diadakan di Kuala Lumpur dan Melaka. Antara kawan ku yang lain seperti Fadli, Zalmiza, Hidayah dan Farhana. Aku cukup bangga kerana pemilihan terebut diadakan dalam sebuah perhimpunan di dewan sekolah. Setiap malam aku hanya terbayang bagaimana rupa bandaraya Kuala Lumpur. Selama ini aku hanya tengok dalam televisyen sahaja. Camner bentuk KL Tower, KLCC dan sebagainya. Sehinggakan terbawa dalam mimpi perasaanku itu. Maklum je la kalau nak pergi bersama familiy tak tahu bila. Memandangkan kedua orang tuaku bukanlah dalam kalangan orang yang senang. Melalui kejayaan ku ini membawaku bersama impian dan harapan dapat pergi kesana. Aku mengucapkan syukur kepada tuhan yang Esa di atas segala pemberiannya.
Hujan renyai-renyai membasahi bumi tatkala pagi menyelubungi hari. Tiada sinaran mentari yang menghiasi. Debaran hati semakin terasa. Riak keriangan mula berkocak di lantai hati. Riang ria yang mewarnai sanubari. Itulah perasaan yang bermain di dalam diriku tatkala aku nak berlepas untuk pergi bercuti ke Kuala Lumpur bersama dengan pelajar-pelajar yang cemerlang dari sekolah yang lain. Aku menaiki landrover yang disediakan oleh pihak KESEDAR. Perjalanan kami sejauh 25 kilometer untuk tiba di jalan utama. Disana kami perlu menaiki bas yang juga disediakan oleh pihak KESEDAR untuk berkumpul di ibu pejabat KESEDAR yang teletak di Bandar Gua Musang. Setelah lama menunggu pelajar dari Sekolah Kebangsaan Bertam. Diorang semua menaiki keretapi untuk menuju ke Ibu pejabat. Setelah semua ada. Aku dan kawan-kawan yang lain disuruh oleh pengurus untuk menaiki bas dan bertolak menuju ke Kuala Lumpur. Perjalanan kami memakan masa selama 5 jam. Seterusnya setelah kami sampai pihak pengurusan menyediakan hotel untuk menginap disana. Aku masih ingat lagi nama hotel tersebut iaitu Kuala Lumpur International Hotel.

Boleh tahan jugak ea, hotel ni. Sapaku pada erik yang merupakan pelajar dari Sekolah Kebangsaan Paloh 3. dia merupakan orang yang pertama aku kenal sewaktu mula-mula naik bas dahulu yang mana dia merupakan pelajar cemerlang disekolah tersebut. Dia terus menyahut sapaanku.
Okey la Wan. Lagipun ini kali pertama aku stay kat hotel. Dengan keadaan biliknya yang ada table lamp, katil just untuk 2 orang satu bilik. Dilengkapi dengan permaidani yang diharmonikan lagi dengan hiasan bunga untuk menceriakan ruang bilik hotel tersebut. Sesiapa yang masuk pasti akan rasa tenang, setenang air di tasik titiwangsa yang aku lihat sebelum balik menginap di hotel tadi. Bagaimana interior decorating dia menghiasi bilik itu begitulah ketenangan hatinya sewaktu mendapat ilham atau idea untuk melengkapkan bagaimana susunan perabut yang diatur, warna ruang yang sesuai dengan alatan yang digunakan. Sungguh kreatif. Begitulah pengalaman yang aku dapati sewaktu tinggal dihotel yang bertaraf 3 bintang itu.
Selama 3 hari dua malam kami menjejaki Kuala Lumpur yang cukup terkenal sebagai Ibu Negara. Kandungan terdapat bermacam-macam ragam manusia yang sibuk mengejar kemewahan dunia yang tidak berkesudahan. Kesibukan di kota itu cukup meresahkan daya fikir kerana aku datang dari persekitaran yang cukup damai bersama siulan burung dan unggas di kampung, di kota hanya yang ada deruman ekzos yang amat membingitkan telinga. Orang yang lalu lalang entah kemana arah tujuannya. Bermacam-macam ada. Jauh sekali berbeza dengan kampungku tautan ukhwah dalam masyarakat masih kuat lagi pegangannya. Muafakat yang terbina atas dasar kemanusiaan bukan seperti hidup di kota metropolitan itu, kehidupan yang penuh dengan hipokrasi, tempat membiaknya virus sosial dalam negara yang berbilang bangsa ini. Cukup meresahkan. Itulah bisikan hatiku yang mula berbicara sendirian. Biarpun aku masih mentah untuk menilai apa itu sebuah kehidupan tapi ayahku banyak mengajarku erti kemanusiaan. Ayahku telah menyematkan dalam sanubariku ini dengan kesabaran mengingatiku dengan ujian untuk buat bekal nanti pada masa hadapan. Peringatan sentiasa diucapkan bilamana kami kami semua berkumpul di rumah terutama sekali selepas waktu maghrib. Apabila semuanya dah berkumpul termasuk ibuku sekali. Mendengar pengalaman ayahku sewaktu mula-mula datang merantau di Malaysia. Menaiki kapal dari Sumbawa sebulah kepulauan di Indonesia datang melalui pintu masuk Johor dan terus ke Pahang. Aku cukup menghormati ayah kerana pengalamannya. Dia amat tegas dengan anak-anak dalam soal agama. Biarpun dia tidak belajar tinggi tapi visi dalam hidupnya cukup bermotivasi.
Lantaran itu, sambil aku memerhatikan cahaya neon yang menyelimuti bandaraya Kuala Lumpur aku mula mengalirkan air mata disaat aku teringatkan ayah. Kerut wajahnya sewaktu menasihati dan adik-adik yang lain. Cahaya wajahnya amat menenangkan diriku. Ayah maafkan aku seandainya aku telah melakukan kesilapan dan tidak mendengar akan segala nasihatmu itu. Fikiran jauh terbang ke kampung halaman.
Aku mendapat banyak pengalaman melalui lawatan tersebut, mengenali pencakar langit yang tinggi dengan aku sendiri menikmati pemandangan hutan batu Kuala Lumpur melalui teropong yang disediakan diatas menara Kuala Lumpur. Saat aku terkial-kial sewaktu berada di KLCC dan sesat sehingga sampai ke ruangan parking bawah tanah, aku bersama kawan yang lain seperti Shahril dan Eric kegelisahan mencari jalan keluar. Hampir setengah jam kami mencari, turun naik dari escalator akhirnya kami menemui jalan keluarnya. Aku dapat merasakan bagaimana berderaunya darah muda ini takut-takut ditinggalkan oleh ahli rombongan yang lain.
Camaner kita ni Eric, jalan keluar tak jumpa lagi. Kita dah salah jalan ni? Soal ku.
Eric hanya diam membisu tanpa mengeluarkan kata-kata. Matanya melilau mencari jalan keluar. Aku hampir menangis menahan resah yang meruntum kedamaian hati. Ah! Aku bingung mengenangkan kesulitan yang kami hadapi. Rintih hati kecilku.
Akhirnya, kami menemui jalan keluar dari bawah tanah bangunan pencakar langit tersebut dan aku dapat melihat beberapa orang ahli rombongan yang lain sedang bertenggek diatas bangku yang disediakan. Antaranya Faizati, Rosliwati dan rakannya yang lain.
Syukur alhamdulillah. Getus bibirku memanjat syukur kepada tuhan kerana menemukan kami dengan jalan pulang. Selain dari itu, aku juga melihat pemandangan bagaimana kesibukan kapal terbang yang turun naik membelah awan di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Pelbagai jenis kapal terbang dari pelbagai negara yang aku lihat. Aku teringin menaiki kapal terbang, tapi apakan daya pada saat itu aku merasakan hanyalah mimpi semata-mata dan tidak mungkin untuk aku menaiki kapal terbang memandangkan aku adalah dari keluarga yang tidak berada. Mustahil bagi aku semua itu.
Pengalaman yang lain yang amat menyeronokkan semasa lawatan tersebut ialah sewaktu melawati zoo melaka. Pelbagai jenis hidupan yang telah aku tengok termasuklah zirafah, kura-kura gergasi, buaya, orang utan dan banyak lagi.
Itulah pengalaman yang aku kutip semasa sesi lawatan bagi pelajar yang cemerlang dalam kawasan KESEDAR. Aku cukup bangga dengan lawatan tersebut dan akan ku kenang sehingga akhir hayat hidupku.







Read more...

Kekusutan Itu....

Salam ukhwahfillah dan salam 1Malaysia buat semua pembaca..
Tak taw nak buat ape...Itu persoalannya??? Kekusutan hati pasti dirasai oleh semua manusia, kerana fitrah yang ada dalam kehidupan. Jadi bagaimana kita hendak meleraikan kekusutan yang bersimpul itu? Jawapannya ada pada diri masing-masing. Termasuklah diri saya yang serba kedhaifan ini. Kekusutan itu memungkinkan manusia mengalami pelbagai masalah tanpa mengira dari sekecil-kecil masalah sehingga sebesar-besar masalah. Cara dan gaya kita sendiri yang akan menentukan sesuatu perkara dapat kita selesaikan permasalahan tersebut. Kekadang, ada juga yang pergi bersukan, shopping, membaca al-quran, mentelaah pelajaran dan pelbagai cara lagi untuk untuk menanggani kekusutan yang boleh menyebabkan kita berasa stress... Selanjutnya, bagi menerangkan cara-caranya saya akan sambung pada masa yang lain.....masa amat mencemburui saya untuk menukilkan apa yang tersirat di dalam benak saya ini..

Read more...

Anda Pengunjung Ke.....

  ©Template by Dicas Blogger.