Saturday, November 22, 2008

Pengorbanan.....

Mungkin semua orang dah mengetahui, ape itu erti pngorbanan. Mungkin banyak tafsiran yang akan dibuat. Salah satu erti yang mner boleh kita tafsirkan ialah bgaimana kita membuat diantara dua pilihan. Ya atau tidak. itu adalah salah satu jawapan contohnya. Mungkin kerana itu merupakan pilihan yang kita buat sendiri yang dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran. Bersempena dengan musim haji yang bakal menjelma tidak lama lagi. seperti mana yang kita ketahui ialah perngorbanan yang di lakukan oleh Nabi Ibrahim a.s diperintahkan menyembelih anaknya Ismail a.s. Dengan hati yang terbuka nabi menerima perintah tersebut. Hal ini banyak mengajar umat manusia menuntut banyak pengorbanan untuk mendapatkan keredhaan sang Maha Pencipta.
Kadang-kala diantara kita sering kelesuan dan tidak bermaya bila berhadapan dengan sesuatu ujian. Oleh hal yang demikian adalah kerana ujian tersebut menuntut pengorbanan dari diri kita. Tanpa mereka sedari dengan perngorbanan yang dilakukan itu akan mendatangkan banyak lagi faedah yang mungkin tidak pernah kita jangkakan. Fikir-fikirkanlah dengan akal yang dikurniakan, moga sama-sama kita mengambil faedah dan sabar serta ikhlas dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup dizaman yang penuh kemelesetan moral manusia. Sekian

Read more...

Wednesday, November 12, 2008

Ermmm.... hari ini, saya rasa cukup tenang.. mungkin exam dah nak habis kot. hehehe... Ketenangan yang dicari membuatkan hati kita tenteram.. So, memandangkan tinggal satu lagi paper yang akan kududuki pada minggu depan, saya mengharapkan kalian yang membaca blog ini sama-sama mendoakan kejayaan dalam mengharungi dugaan untuk final paper yang akan datang.

Read more...

Monday, November 3, 2008

Ketenangan Hati...

Ketenangan hati ialah satu perkara yang sangat penting. Tidak mungkin ada seorang manusia walau apapun latarbelakang agama, budaya dan pemikiran yang tidak bersetuju bahawa ketenangan hati dan ketenteraman jiwa ialah satu perkara paling penting bagi seseorang manusia.Mungkin mereka berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani; tetapi mereka tetap bersetuju bahawa perkara ini adalah satu perkara yang maha kritikal bagi setiap insan.Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan spritual dan kemantapan minda. Seseorang yang pemikirannya menyakini bahawa dirinya adalah berasal dari suatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada monyet kepada manusia, tentunya tidak sama dalam menghadapi kejadian hidup ini dengan seorang yang berkeyakinan bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik dan di sana Tuhan tetap berperanan di dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi mahupun di langit. Dan Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul yang ada di atas muka bumi ini, di antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit yang tujuh ini; semuanya adalah milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa dan berfungsi berdasarkan ketetapan ilmu-Nya dan izin daripada-Nya.Dan seorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku; samasekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaanNya; menyelami hakikat rasa hina seorang hamba dijalin dengan rasa mulia menjadi hamba kepada Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Agung. Seseorang yang menyedari bahawa sentiasa ada di sana satu Kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta Yang Sentiasa Berkata, “Wahai hambaKu, mintalah kepadaKu, akan Daku penuhi segala permintaan kamu!”, tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanyalah antara aku dan kemampuanku!Seorang anak kecil akan merasa selamat dan tenang apabila berada di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang budak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapanya semasa membelibelah di pasaraya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya tercedera? Tentu tidak, tetapi ‘ketenteraman’ dan ‘ketenangan hatinyalah’ yang tercedera.Dan kita dapat lihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah lantaran jatuh; berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata, “Dah, jangan menangis… sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!”. Adakah dengan berkata demikian, sakit luka yang dirasainya sudah hilang? Tidak! Sakit luka di lututnya masih terasa, tetapi tangisannya terhenti kerana rasa ‘sakit’ pada jiwa dan emosinya telahpun diubati dan telah hilang diganti dengan rasa tenteram, kerana budak itu yakin, ibunya memahami ‘penderitaannya’ dan ibunya ‘mampu’ mengubati luka di lututnya dengan ubat yang akan disapu nanti. Ini menunjukkan, ketenteraman hati dan ketenangan hidup ini adalah satu kuasa maha ajaib yang sangat diperlukan dalam hidup seorang manusia. Dan adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan merasa aman dan tenang apabila mengetahui dan merasai bahawa di sana adanya satu ‘kuasa’ yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam yang ada.Seorang yang genius sekalipun tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi pasti tidak dapat menggunakan kegeniusan dan ketinggian IQ-nya dengan dengan benar jika jiwanya sentiasa bercelaru dan dan tidak mantap. Kecemerlangan dan kemantapan jiwa inilah yang disebut sebagai EQ. Tetapi seorang yang mantap EQ-nya, walaupun dia hanya seorang yang buta huruf dan bekerja di sawah bendang, tetapi dengan ketenangan jiwa yang dipunyainya, dia dapat menghadapi hidup dan segala masalah hidup ini dengan penuh ketenangan dan ketertiban. Malahan, seringkali terlontar daripada patah bicaranya, perkataan-perkataan yang bersifat ‘teraputik’ yang mampu menyegarkan kelesuan jiwa dan kegersangan emosi.Kekuatan rohaniah(SQ) akan menjadi menjana EQ yang kental, dan EQ yang ada akan menyempurnakan IQ seseorang walau pada tahap manapun IQ-nya berada. Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana.


Allah, Tuhan yang telah menciptakan manusia malah seluruh alam ini telah menyatakan sebagai satu prinsip, “Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang?” (Ar-Ra’d: 28). Berzikir di sini membawa maksud yang luas, iaitu kita dapat menyebut dan mengingati Allah, merasakan kehadiran-Nya dan merasai keagungan-Nya di dalam setiap masa dan keadaan. Mana mungkin seseorang yang melihat Tuhan itu – dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya – berada begitu hampir dengan dirinya, masih boleh merasa tidak tenteram dan aman?Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan ‘nur’ kerohanian yang jernih, pasti akan mampu merasai ketenangan hidup dan kekentalan dan keharmonian emosi. Tuhan berfirman, “Dialah yang menurunkan ‘sakinah’ ke dalam hati orang-orang yang beriman!”(Al-Fath: 4). Erti ‘sakinah’ ialah ketenangan yang tetap.Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, adalah alat-alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati ini, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa, wudhuk dan lain-lain lagi. Semoga hati kita tidak ‘buta’ daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam ini. Sesungguhnya Dia-lah Allah, Zat Tunggal Maha Pencipta!

Read more...

Sunday, November 2, 2008

Assalamualaikum W.B.T


Mengenangkan final exam akan kunjung tiba tak lama lagi, saya mngucapkan selamat berjuang khusus kepada rakan-rakan seperjuangan. Ingat pesan mak dan ayah, jasa dan pengorbanan mereka tak mungkin akan terbalas. Wahai teman-teman yang mengenali diri ini, hargailah setiap apa yang mereka telah lakukan demi kebahagiaan dan kesenangan kita untuk masa depan. Yakin dan percayalah bahawa setiap usaha dan pengorbanan itu akan membuahkan hasil yang mungkin tidak terfikir oleh akal dan hati kita... Selamat Berjuang bertempur di medan peperiksaan.... You All I Love!!!!

Read more...

Wednesday, October 29, 2008

Bicara bidadari berwajah manusia

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."
Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi... "Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia." Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.
"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."
Adik masih x puas ati. "Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"
Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini! "Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."
Adik garu2 kepala. "Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"
Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri. "Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya... Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yang mereka tahu hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga. Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan... Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita. Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir. Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... eloksifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak." Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit.Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga! Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahu'alam.

Read more...

PERINGATAN IMAM AL-GHAZALI

Kehidupan kita seharian memang tidak dapat memisahkan diri dari pemerintah/pemimpin. InsyaAllah, tazkirah dari Imam Al Ghazali di bawah ini dapat dijadikan iktibar supaya dapat memelihara diri dari kemurkaan Allah.



1. Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim,
malah jangan bertemu dengan mereka. Bejumpa dan bergaul dengan
mereka banyak padahnya. Dan sekiranya kamu terpaksa, maka jangan
sekali-kali memuji mereka. Kerana Allah amat murka sekiranya orang
fasik dan zalim dipuji. Dan sesiapa yang mendoakan panjang umur
mereka, maka dia sebenarnya suka agar Allah didurhakai di muka
bumi.



2. Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pembesar,
walaupun kamu tahu pemberian itu adalah dari sumber yang halal.
Sikap tamakkan pemberian mereka akan merosakkan agama. Dari situ
akan timbul rasa simpati terhadap mereka. Kamu akan mula menjaga
kepentingan mereka dan berdiam diri terhadap kezaliman yang mereka
lakukan. Ini semua akan merosakkan agama.



3. Dan sekecil-kecil mudarat ialah apabila kamu menerima pemberian
mereka, kamu akan merasa sayang terhadap mereka. Seterusnya kamu
akan mendoakan agar mereka kekal lama pada kedudukan mereka.
Mengharapkan seseorang yang zalim itu kekal lama pada tempatnya,
adalah seperti mengharapkan kezaliman terus berpanjangan ke atas
hamba-hamba Allah dan agar alam ini musnah sepenuhnya.



4. Apa lagi yang lebih buruk daripada itu terhadap agama ini?
Kamu juga harus berwaspada agar tidak disesatkan oleh syaitan
melalui kata-kata sebahagian manusia kepadamu, "Lebih baik kau
ambil wang yang mereka berikan itu. Kamu boleh membahagikannya
kepada fakir miskin. Kalau engkau biarkan mereka membelanjakan
wang tersebut, sudah tentu mereka menggunakannya untuk kemaksiatan."


Sesungguhnya ramai manusia telah disesatkan oleh syaitan dengan
cara ini. Semuanya telah termaktub di dalam kitab Ihya': carilah
di sana.


(dipetik dari: PERINGATAN IMAM AL-GHAZALI, m/s 49-50)




Read more...

Tafakur Sebelum Tidur

Setiap malam sebelum kita merebahkan diri, sebelum kita melelapkan mata, sebelum diri diulit mimpi; bertafakurlah sebentar dan cuba tanya-tanyakan pada diri kita: "Apakah sudah meningkat ketaqwaanku pada hari ini?


"Apakah sudah meningkat amalan kesolehanku pada hari ini? Putar dan putar kotak fikiran kita. Imbas kembali setiap gerak langkah pada sepanjang siang tadi. Bandingkan amalan semalam dengan amalan hari ini. Seandainya amalan hari ini semakin baik, itu tandanya sudah ada peningkatan taqwa dalam diri. Tidak kiralah sama ada amalan itu berkaitan dengan urusan hablumminallah (hubungan dengan Allah) atau hablumminannas (hubungan dengan manusia). Bukti ketaqwa semakin meningkat bukan pada banyaknya kerja yang kita lakukan pada hari itu tetapi kesungguhan kita di dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah swt.


Jika taqwa kita sudah meningkat, bererti kesolehan kita juga sudah meningkat kerana gabungan iman dan taqwa melayakkan seorang lelaki atau wanita itu bergelar ‘soleh’ atau ‘solehah’. Namun begitu, sejauh mana kita telah mencapai darjat lelaki soleh atau wanita solehah itu? Sudahkah kita berjaya memilikinya? Oleh itu marilah kita suluh diri kita.


Di antara ciri-ciri lelaki soleh atau wanita solehah itu ialah:


Hati kita mestilah sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah swt. Kita mestilah merasakan segala ketaatan dan amal ibadah kita itu, bukan daripada diri kita. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepada diri kita. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, kita tidak leka dengannya tetapi hati kita terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.


Sehingga dengan itu kita tidak pernah melupakan perintah syukur sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 172 yang bermaksud:
"Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahnya."


Apabila didatangi dengan berbagai ujian tidak kiralah samada ujian besar mahupun kecil; bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik; hati kita mestilah terus terkenang-kenang dosa-dosa yang telah dilakukan.


Apakah ujian demi ujian yang datang itu untuk menghapuskan dosaku? Atau untuk mendidik diriku agar lebih soleh atau solehah? "Wahai Tuhanku, kalau beginilah hukumanMu untukKu di atas dunia ini, aku rela menerimanya dari diazab oleh api neraka yang amat pedih. Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah."


Bila hati telah berkata begitu, tidaklah timbul rasa ingin mengadu ke sana dan ke mari atau mengeluh di atas segala kesusahan.


Redha terhadap setiap ujian yang datang. Kita mestilah tidak berani menyanggah atau mengkritik Allah swt. Kita mestilah yakin dengan keadilan dan kebijaksanaan Allah di dalam menentukan setiap hal yang berlaku. Atas dasar itu kita menerima berbagai rintangan dan halangan itu dengan lapang dada.


Malah hati yang sudah cinta dengan Allah itu menjadikan setiap ujian yang datang, tidak dirasakan masalah lagi. InsyaAllah hati kita dapat berhibur dengan mehnah yang datang kerana kita tahu itulah kasih sayang dan perhatian Allah swt kepada kita.


Semakin berat ujian yang menimpa diri kita maka sekencang itulah juga ibadah kita pula kepada Allah swt. Semoga diri kita semakin dekat dengan Allah, sembahyang bertambah khusyuk dan semakin lazat kita bermunajat kepada Allah swt. Dalam sepi malam kita bangun bermunajat kepada Allah swt, memohon dibukakan tabir keampunan dan kerahmatan. Pada siang harinya disibukkan diri dengan kerja-kerja yang bermanfaat pada diri dan masyarakat sementara segala masalah yang dihadapi hendaklah cuba dilupa-lupakan.


Tidak sedikit pun melayan kejahatan-kejahatan nafsu dan prasangka buruk terhadap sesama manusia. Kerana kita tahu nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk mengajak kepada kemungkaran. Allah swt telah mengingatkan kita di dalam firmanNya:


"Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kemungkaran."
Ketika datang bisikan-bisikan nafsu yang meruntun diri kita supaya berbuat jahat seperti hasad dengki dengan jiran tetangga atau orang lain, berburuk sangka terhadap kawan, bermasam muka kepada suami, mengumpat dan sebagainya; cepat-cepat ditepiskan bisikan menipu itu.


Kita sudah tahu, sekali diri kita berbuat dosa, akan bertapaklah bintik-bintik hitam di hati, menyebabkan hati kita akan semakin keras bak batu sungai yang sukar dipecahkan. Rasulullah saw bersabda:


"Bila seorang hamba membuat dosa terjadilah satu bintik hitam dihatinya dan kalau bertambah dosanya bertambahlah bintik-bintik hitam itu."


Sabdanya yang lain:


"Orang yang membuat dosa hilanglah sebahagian akalnya untuk tidak kembali lagi selama-lamanya."


Tidak pernah terfikir atau merancang untuk menyakiti hati orang lain lebih-lebih lagi suami, isteri, ibu, ayahnya sekalipun dirinya disakiti. Contohnya, sekembalinya suami ke rumah, tiba-tiba dirinya dijadikan sasaran untuk melepaskan geram. Miskipun dia tahu itu bukan salahnya, tetapi sebagai seorang isteri yang solehah sedikit pun tidak dikesali perbuatan suaminya itu. Sebaliknya menyesali diri yang masih lagi belum solehah kerana dirasakan dirinya gagal untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya itu.


Patuh terhadap arahan suami dan suka menunaikan permintaan daripada sesiapa jua, tanpa banyak soal. Walaupun arahan atau hajat orang lain, itu menyebabkan dirinya terpaksa bekorban dan hidup menderita.


Bukanlah kehidupan kita untuk mencari pangkat dan nama kerana kita tahu di atas dua tiket ini membawa manusia rakus dengan dunia sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapainya. Sebaliknya, kita menjadikan seluruh kehidupan ini untuk mencari kerdhaan Allah swt semata-mata.


Kesimpulannya, masih terlalu banyak peribadi-peribadi lelaki soleh dan wanita solehah yang belum saya cungkil tetapi kiranya kesemua sifat yang di atas tadi dapat kita rintis dengan baik, insyaAllah kita akan memiliki hati yang tenang. Hanya orang yang membawa hati yang tenang dan sejahtera sahaja yang akan selamat menemui Allah di akhirat kelak. Berdoalah selalu semoga kita diberi cahaya keimanan, cahaya bagi segala cahaya yang tiada tolok bandingnya yang bakal memberikan laluan lurus untuk selamat menuju Tuhan yang Maha Agung.

Read more...

Sunday, October 26, 2008

Assalamualaikumm w.b.t

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan atau sesiapa yang mengenali diri saya
kerana sudi singgah dan menatap isi kandungan dalam blog ini. Kritikan dan komentar dari anda semua amat saya harapkan kerana saya merupakan buah cempaedak di luar pagar. Hehehehe....
Dengan saya juga mengharapkan dalam ruangan ini kita sama-sama dapat menghidupkan cabang idea dan wacana fikiran serta perkongsian ilmu dari kalian semua.
Sesungguhnya apa yang baiuk itu datangnya dari Allah SWT, dan apa yang kurang itu datangnya dari kelemahan saya sendiri. :=)

Read more...

Saturday, October 25, 2008

Pengakuan Remaja Yang terlajak , Kisah Benar

video

Read more...

Hai, boleh saya kenal?????.........

o ReNuNgAn bErSamA bIlA BeRmUlAnYa ...........hAi! BolEh beRKenAlAn..
1. hai boleh saya kenal saya tertarik dengan perwatakan sopan awak, da lama saya perhati awak,awak budak baik dan tertarik dengan tudung labuh awak......saya harap kita boleh berkenalan....ukhwah fillah eh orang kata... saya tak pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima saya, saya akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,saya tau saya bukan baik, tapi saya sentiasa cuba terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak...
keluar dengan kekawan tau, balik kntek,,,saya doakan awak.

4.wak, Kenapa tak kntek saya, saya risau awak keluar lelamer... ye,,,saya tak ada hak, saya tau saya percaya awak, tapi saya tak tau nak kata macam mana,kita tak bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tapi saya rasa awak macam berada depn saya...mungkin ini yang orang kata cinta agaknya, wak, wak cinta saya? tak hendak bagitau,,, tapi saya tau awak cinta saya... awak da malu nak jalan tempat saya lepak sebab malukan... hehehr...thank you...saya cinta awak...

5. wak, selain family, wak sayang siaper? siapa saya dalam hati awak?

6.wak, dari kawn kita just panggil saya awak saja, macam saya tak istimewa untuk awak saja saya teringin juga nak jadi macam kawn sebilik saya ini, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan saja...thank you sayang...

7.yang, kekadang saya tengok ayg ini macam tak percaya saya saja,,, yela, saya just tanya awak pakai apa jerkan ;( hehehe... ye thank you bagitahu, makin sayang saya kat awak...

8,yang, saya nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk saya, sayang lah pemberi semangat untuk saya... yang, saya harap ayang dan saya tak ada rahsia lagi...jangan risau, ini kan membuktikan saya take care ayang kan... so, jangan risau k, ye... saya akan jaga rahsia kita... just mesej saja kan...

9.ayang dah lama kita mesej, boleh tak kitr jumpa? ye... ayang bawa lah kekawan k,,, thank you yang...

10.thank you panggil saya dengan panggilan abang,,, abang tunggu da lama da,,, abang tau, kita tak boleh pakser dalam perhubungan...

11.ayang, buat apa 2, nak cakap sikit, Kenapa ayang bawa satu batalion nak jumpa abang?? ayang tak percaya abang eh....

12.ayang kita jumpa k,,, abang suka ayang pakai tudung yang saya beli 2, yang macam wardina 2, bukan ayag tak cantik, just makin cantik,,,,nipis sikit saja..kita jumpa nanti ayang bawa lah seorang saja k...

13.ayg,abang nak minta maaf dengan apa yang jadi... abang tadi tersentuh jari ayg, thank you yang, tol cakap ayang, tersentuh tak apa...makin lah tebal cinta abang kat ayang.. ayang suka jumpa abang? thank you yang, tadi kasihan tengok kawn ayang duduk saja diam,...ye... nanti abang bawa kawn abang, boleh dia borak kan...yang, abang suka tengok mater ayang, malu malu pula dia,,,ayang tadi cantik...

14.thank you jumpa tadi,ayang cantik...abang romantik pun salah ke?
suka abang romantik eh, tadi jumpa da berani tenung abang.... thank you....
tengk kawan ayang dan kawan abgmcm melekat saja... senang lah kita jumpa...tengk, ALLAh membrkati kita...ayang da solat? doakan abang sekali k...

15.yang,just nak tanya... ayang cintakan abang berapa peratus?
apa tandanyer?50% saja...yang, nak tanya, rambut ayang pnjng tak, just terpikir,,,,

16.tadi terbeli tudung pendek, ,,, yang bagi kat ayang tu...yang, bagi lah gambar ayng special untuk abang pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gambar ini abang buat wallpaper hp...

17.yang, cintakan abang berapa peratus? sepenuh hati? thank you!!!!!!! ilove u sayang....

18.yang, da lama kita couple, tak kan abang pegang tangan nak mara, ayang kan milik abang...thank you paham abang...

19.kata ayang cintakan abang sepenuh hati... Kalau ayng cintakan abang apa buktinyer yang,,,,


SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR.....
PEGANG TANGAN-TERABE-TERSEDAP-TERLANJUR-TERBUNTING-
TERBUANG anak-TERKELUAR VCD LUCAH-TERMALU-TERTEKAN-TERSEKSA-TERBUANG-
---- -

JIKA INI BERTERUSAN, MUNGKIN TERBUNUH DIRI....
SEMUANYA TER....TER KE?????
jawab SENDIRIAN BERHAD, SEMUANYA BERMULA DARI SMS BERBUNYI,

hai, boleh saya kenal....

(ayng di atas tadi contoh mesej, anggap no itu stage stage untuk awak kearah.... ter.... berhenti sebelum, ter.....)

Read more...

Islam dan Sains..

Sebuah Perbandingan Klasik Dan Moden
Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirinmemikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalamdiri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihatkedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arabdan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangannama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullahs.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dankemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikitgaram menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akanmenghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!.Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalahkerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapatmenolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process ofdigestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral daritanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita ituadalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah makalumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiatuntuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garamjuga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr,dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalahdengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalangsihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah banyak 40kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senangmemproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). MembacaBasmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria danracun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca makabakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullahminum. Janganlah kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yangmenghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan janganbernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar,lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akanbernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kitahembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabilabercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, i!aitu sama dengan cuka,menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas,sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafassehingga habis.
4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belumberkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwinyang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atauantibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerahtulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yangbelum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakalalelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel inisehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang keranaperhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yangbelum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Iniadalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentangkesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapatmelawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodimelawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupundisebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadidengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkanvirus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh DrJamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikitinformasi yang diberikan oleh Mudarisana,
5. Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak diMekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak diposisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dariPakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalahbetul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkanperpaduan ummah yang bergerak maju! bersama, equality and unity, tidakseperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorangpemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antaralagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali,Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.

Read more...

Friday, October 24, 2008

Ponteng Jumaat

Alkisah… .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu ayam hutan.
Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur.

Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain,
jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya
adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

“Ya Allah,” doa lelaki tersebut,”Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini ..
Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAUyang memburuku Muslim yang beriman .. tolong
ya Allah! Aminnn..”

Tiba2 guruh berdentum!HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi.

Tiba-tiba…. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa,”Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar.Amin! ”

Read more...

Read more...

Anda Sedang Bercouple Ya..?

Kami tidak berzina !

Maaf, saya tidak menuduh awak berzina, tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe.

Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.

Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan(Tabrani) . Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!

Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah: Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!

(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)* Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group.

(bagi kes berdua-duaan SAHAJA) Study Group...? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau yea pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.

Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.

Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?

Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Islam takde ke couple-couple ni?

Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta* remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji. Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.

Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai- bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta....

Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina. Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan?

Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?

Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Kami telah berjanji sehidup semati.....

Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.

Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?

Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?

Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )

Bagaimana kami?

Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat: i) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. ii) Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. iii) Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka "

Read more...

Tuesday, October 21, 2008

Muslimah Memang Tak Guna

Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan. Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakan komen anda secara terbuka.


1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.


2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.


3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.


4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.


5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.


6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.


7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.


10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A

Read more...

Anda Pengunjung Ke.....

  ©Template by Dicas Blogger.