Wednesday, March 10, 2010

Bab 3

Bab 3

S

inaran mentari pagi mula melebarkan cahayanya. Kokokan ayam sudah semakin menghilang kenyaringannya. Pada hari tersebut merupakan hari yang benar-benar bersejarah dalam kehidupan dengan memulakan saat pembelajaran di sekolah tadika. Kiranya umurku sekarang ini menjangkau enam tahun.

Wan esok kena pergi sekolah ea sayang. Mak dah daftarkan nama kamu untuk belajar di sekolah tadika. Nanti bila ada kat sekolah ramai kawan, anak Pak Mat ada, anak Pak cik Ramli ada, dan Pak Muda kau pun sekolah sama juga ngan kau esok. Pak Muda itu merupakan adik emakku yang sebaya dengan umurku. Aku emngiakan segala apa yang telah diperkatakan oleh emak.

Hari ini merupakan hari pertama persekolahanku di sekolah Tadika An-Najah. Aku dapat ramai kawan-kawan yang sebaya dengan usiaku bersekolah sama. Tak kira lelaki ataupun perempuan. Aku teringatkan seorang kawanku yang bernama Ridwan kalau pada permulaan sekolah selalu ditemani oleh ayahnya. Kalau ayahnya pulang selepas menghantar dari sekolah tersebut pasti dia kan menangis. Itu adalah permulaanya sahaja. Selepas satu minggu persekolahan kami mula mengenali antara satu sama lain. Apa yang menyeronokkan waktu aku bersekolah di tadika tersebut ialah dapat makan free. Kalau pagi kami breakfast dahulu sebelum memulakan pelajaran. Disuitu jualah aku mengenali abjad A,B sampai Z. Aku juga mengenal nombor dan boleh mengeja. Cikgu aku waktu sekolah tadika bernama Kak Som. Orangnya baik hati dan mendidik kami dengan penuh dedikasi. Pada suatu hari selapas rehat aku dikehendaki menyanyi oleh cikgu tersebut untuk pemilihan dan seterusnya untuk dipersembahkan pada hari pernyampaian sijil nanti.

Irwan, cikgu nak kamu menyanyi lagu Oh Ibu yang dinyanyikan oleh mamat Exist. Seru cikgu padaku waktu lepas makan tengahari.

Baiklah cikgu saya akan cuba yang terbaik. Aku mengiakan sahaja apa yang disuruh oleh cikgu tersebut. Oleh kerana aku seorang sahaja yang ada kebolehan utntuk menyanyi pada waktu itu. Setiap hari selepas waktu makan aku sentiasa diminta oleh kawan-kawan dan cikgu untuk menyanyikan lagu tersebut. Aku suka melihat keriangan mereka semua oleh kerana nyanyianku itu.

Aku teringatkan satu kisah sewaktu berada disekolah tadika dahulu, waktu rehat kami dibenarkan untuk bermain di kawasan permainan yang telah disediakan. Kawan-kawanku seperti Azri, Zalmiza, Fadli. Hidayah dan lain-lain cukup akrab denganku. Yang paling aku tak tahan dengan Azri. Aku sering bergaduh dan pukul-memukul antara satu dengan yang lain. Suatu hari aku hampir memukul si Azri dengan penyapu kerana tak tahan sangat dengan kenakalannya. Nasib baik cikgu melihat tindakkanku dan langsung menyekat perbuatanku itu. Kejadian ini berlaku pada waktu pagi selepas sarapan pagi. Kenakalannya itu cukup aku tidak tahan. Antara lain yang amat aku tidak melupakan adalah saat kami bermain masak-masak. Zalmiza menadi isteri aku, Azlan jadi sebagai polis, Fadli sebagai doktor. Kami bermain diatas rumah kecil yang dibina berhampiran dengan bangunan sekolah.

Zal kena berlakon sebagai isteri saya yang sedang mengandung, fadli sebagai doktor yang lain jadi sebagi pembantu. Amacam. Semua setuju? Soalku sebelum permainan di mulakan.

Diorang semua mengangguk sebagai tanda faham dengan apa yang aku perkatakan. Aku bertindak sebagai pengarah dan pelakon dalam permainan ini. Semua kawanku bersetuju dan kami mulakan permainan tersebut.

Cikgu melihat kami bermain sambil tersenyum dan membiarkan sahaja tindakan kami.

Hari berganti hari, masa berganti masa itulah rutin kehidupanku sewaktu aku bersekolah tadika dahulu. Cukup menyeronokkan. Pergi sekolah ayah yang tolong hantarkan dan bila sahaja waktu balik sekolah aku berjalan kaki sahaja dengan bapa saudaraku. Kekadang aku nangis sendirian sambil menunggu kedatangan ayah yang tidak kunjung tiba untuk mengambilku.

Sewaktu hari terakhir penyampaian sijil sekolah tadika yang diadakan dekat kampung Paloh 2 yang terletak berhampiran dengan jalan utama yang menuju ke Daerah Gua Musang dan Kuala Krai. Penganugerahan tersebut dilangsungkan di sebuah astaka ( dewan orang ramai ) yang dibina berhampiran dengan padang Paloh 2. Sebelum itu, aku lihat ramai kawan-kawan dari sekolah tadika berhampiran ada bersama dengan sekolahku. Akhirnya, pada saat yang dinantikan untuk aku membuat persembahan, Cikgu sekolahku sempat menyematkan bunga pada topiku sebelum aku melangkah masuk ke pentas utama.

Seterusnya, marilah sama-sama kita mendengar nyanyian yang akan didendangkan oleh adik Irwan Budiana dengan lagu yang bertajuk, Oh Ibu. Kedengaran suara undangan yang disampaikan oleh pengerusi majlis untuk mempersilakan aku tampil ke pentas. Aku, dengan langkah berdebar melangkah masuk. Pertama sekali aku memperkenalkan diri dan terus mendendangkan lagu tersebut.

Oh ibu

Kau Disiram bayu pagi

Kehilangan terasa sepi

Dan aku bagai purnama gerhana

Diibarat lautan kering

Dan belum sempat ku layarkan potretku ini

Begitulah bait-bait lagu tersebut yang aku nyanyikan. Sesudah sahaja aku menyanyikan lagu itu orang yang berada dalam dewan menepuk tangan kepadaku. Setelah selesai sahaja persembahan oleh murid-murid, kini tibalah saat penerimaan sijil tamat belajar di sekolah tadika. Semua murid-murid beratur dengan sambil diperhatikan oleh cikgu sekolah masing-masing.

Read more...

Anda Pengunjung Ke.....

  ©Template by Dicas Blogger.