Wednesday, October 29, 2008

Bicara bidadari berwajah manusia

Bertanya si adik kecil pada sang bidadari berwajah manusia...
"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu, asyik berteman tangis dan sendu sahaja."
Lalu berbicara si bidadari berwajah manusia;
"wahai adikku. Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya. Tapi disitulah wahai adikku, kekuatan utuh x ternilai andai pandai digunakan sebaiknya. Tangis sendunya wanita itu wahai adikku, bisa meleburkan ego seorang lelaki... menjadi 'izzah' yg plg gah bahkan lebih gah dr egonya seorang lelaki. Kerana sendu rayunya wanita itu, Musa a.s terselamat dr kekejaman Firaun. Duhai adikku, lembut wanita itu bukan lemah, tp senjata."
Si adik tidak berpuas ati. Lalu dipertikaikan lagi... "Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia." Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.
"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi pd hambanya? Wahai para lelaki yg beriman, tundukkanlah pandanganmu. Lalu Allah berfirman lagi antaranya bermaksud, wahai para wanita yg beriman, tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah auratmu. Lantas cuba adik nilai, pd siapa terlebih dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yg bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah pd dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan buat wanita, agar memelihara auratnya kerana disitu lah kehormatannya. Sesungguhnya para wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu, mereka tidak memperlihatkan diri mereka kecuali pd para suami mereka sahaja. Dan mereka dikatakan wanita2 yg suci. Namun... wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu! Sesungguhnya wanita yg beriman yg solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yg soleh."
Adik masih x puas ati. "Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu??"
Sang bidadari berwajah menguntum senyum penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam kasih sayang pd penghuni jannah ini! "Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani. Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun, bila mana al-haya nya lebur, imannya runtuh. Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri tidak cukup menarik... merasakan belum cukup lagi dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan yg kalah dr segi psikologi. Namun adikku... wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dr perbuatan murahan itu."
Adik garu2 kepala. "Jadi kakak, masih adakah wanita yg solehah didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka???"
Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam dunianya sendiri. "Wahai adikku. Di zaman Rasulullah, diperintahkan wanita2 yg beriman itu untuk menutupi aurat mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai wanita yg bermaruah. Maka demikianlah adikku menilai mereka. Tp perlu juga dilihat pd hatinya... pd akhlaknya... Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg solehah dan yg toleh. Namun adikku... jgn dikau cemuh wanita yg toleh itu... kerana dlm hati2 mereka, tetap ada satu permata indah... perasaan cinta pd ALLAH... Kerana fitrah cinta pd Rabb itu sentiasa ada dlm jiwa insan. Adikku, mereka ini, tetap punyai keinginan utk kembali pd jalan yang mereka tahu hak ALLAH. Cuma kadang2 term solehah itu terasa berat di bahu mereka... Kadang mereka takut pd persepsi wara dan alim. Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu bermaksud menjaga. Maka sesiapa sahaja yg menjaga adalah wara'. Alim itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yg berilmu maka dia adalah alim dlm bidangnya. Persepsi yg salah pd dua perkataan ini menjadikan mereka takut untuk berubah kepada stage yg lebih baik. Kerena begitulah persepsi masyarakat. Sedangkan mereka alpa... ALLAH tidak menjadikan makhluk (ciptaan) ini tanpa tujuan dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada ciptaanNYA. bila mana dia menciptakan hawa itu dari rusuk adam... Dia telah mengetahui apakah sebaik2nya buat makhluk bergelar Hawa ini... Ditinggikan martabat golongan HAWA ini... Tapi sayang... golognan HAWA ini kadang2 merendahkan martabat mereka yg ALLAH jdkan penuh kemuliaan... Wahai adikku... 1001 keindahan penciptaan wanita. Pandai2lah dikau menilai... antara permata dan debu2 kilauan pasir. Wahai adikku... Wanita ibarat epal. Epal yg x berkualiti...amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah... Tapi epal yg tak mampu dibeli, ia berada di puncak. Susah dipetik, susah di gapai. Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya. Sebenarnya..epal itu terlalu tinggi... eloksifatnya... sehinggakan tiada siapa yg berani memetiknya. Hanya pemuda yg benar2 hebat sahaja bisa memperolehinya... Mungkin bukan di dunia... tp mungkin di akhirat? Biarlah jodohnya bukan di dunia... asalkan cinta ILAHI mengiringinya...tak semestinya dipetik di taman dunia rite? Tp lebih bermakna bile ALLAH sendiri yg mengarahkan hamba yg disayanginya utk memetik di taman akhirat kelak." Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan sepohon epal yg besar dengan buah2 epalnya yg kemerahan??
Sang bidadari lalu bangkit.Bicaranya sudah berakhir buat masa kini. Pasti kan dia sambung perbualannya dengan penghuni syurga ini. Wahai adikku... sungguh tulus bersih jiwamu. Benarlah kata ALLAH swt, kamu kanak2 adalah penghuni2 syurga! Alangkah bertuah dirimu adik... Dan aku? Hanya bidadari berwajah manusia... berhakkah menjadi bidadari syurga? Wallahu'alam.

Read more...

PERINGATAN IMAM AL-GHAZALI

Kehidupan kita seharian memang tidak dapat memisahkan diri dari pemerintah/pemimpin. InsyaAllah, tazkirah dari Imam Al Ghazali di bawah ini dapat dijadikan iktibar supaya dapat memelihara diri dari kemurkaan Allah.



1. Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim,
malah jangan bertemu dengan mereka. Bejumpa dan bergaul dengan
mereka banyak padahnya. Dan sekiranya kamu terpaksa, maka jangan
sekali-kali memuji mereka. Kerana Allah amat murka sekiranya orang
fasik dan zalim dipuji. Dan sesiapa yang mendoakan panjang umur
mereka, maka dia sebenarnya suka agar Allah didurhakai di muka
bumi.



2. Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pembesar,
walaupun kamu tahu pemberian itu adalah dari sumber yang halal.
Sikap tamakkan pemberian mereka akan merosakkan agama. Dari situ
akan timbul rasa simpati terhadap mereka. Kamu akan mula menjaga
kepentingan mereka dan berdiam diri terhadap kezaliman yang mereka
lakukan. Ini semua akan merosakkan agama.



3. Dan sekecil-kecil mudarat ialah apabila kamu menerima pemberian
mereka, kamu akan merasa sayang terhadap mereka. Seterusnya kamu
akan mendoakan agar mereka kekal lama pada kedudukan mereka.
Mengharapkan seseorang yang zalim itu kekal lama pada tempatnya,
adalah seperti mengharapkan kezaliman terus berpanjangan ke atas
hamba-hamba Allah dan agar alam ini musnah sepenuhnya.



4. Apa lagi yang lebih buruk daripada itu terhadap agama ini?
Kamu juga harus berwaspada agar tidak disesatkan oleh syaitan
melalui kata-kata sebahagian manusia kepadamu, "Lebih baik kau
ambil wang yang mereka berikan itu. Kamu boleh membahagikannya
kepada fakir miskin. Kalau engkau biarkan mereka membelanjakan
wang tersebut, sudah tentu mereka menggunakannya untuk kemaksiatan."


Sesungguhnya ramai manusia telah disesatkan oleh syaitan dengan
cara ini. Semuanya telah termaktub di dalam kitab Ihya': carilah
di sana.


(dipetik dari: PERINGATAN IMAM AL-GHAZALI, m/s 49-50)




Read more...

Tafakur Sebelum Tidur

Setiap malam sebelum kita merebahkan diri, sebelum kita melelapkan mata, sebelum diri diulit mimpi; bertafakurlah sebentar dan cuba tanya-tanyakan pada diri kita: "Apakah sudah meningkat ketaqwaanku pada hari ini?


"Apakah sudah meningkat amalan kesolehanku pada hari ini? Putar dan putar kotak fikiran kita. Imbas kembali setiap gerak langkah pada sepanjang siang tadi. Bandingkan amalan semalam dengan amalan hari ini. Seandainya amalan hari ini semakin baik, itu tandanya sudah ada peningkatan taqwa dalam diri. Tidak kiralah sama ada amalan itu berkaitan dengan urusan hablumminallah (hubungan dengan Allah) atau hablumminannas (hubungan dengan manusia). Bukti ketaqwa semakin meningkat bukan pada banyaknya kerja yang kita lakukan pada hari itu tetapi kesungguhan kita di dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah swt.


Jika taqwa kita sudah meningkat, bererti kesolehan kita juga sudah meningkat kerana gabungan iman dan taqwa melayakkan seorang lelaki atau wanita itu bergelar ‘soleh’ atau ‘solehah’. Namun begitu, sejauh mana kita telah mencapai darjat lelaki soleh atau wanita solehah itu? Sudahkah kita berjaya memilikinya? Oleh itu marilah kita suluh diri kita.


Di antara ciri-ciri lelaki soleh atau wanita solehah itu ialah:


Hati kita mestilah sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah swt. Kita mestilah merasakan segala ketaatan dan amal ibadah kita itu, bukan daripada diri kita. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepada diri kita. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, kita tidak leka dengannya tetapi hati kita terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.


Sehingga dengan itu kita tidak pernah melupakan perintah syukur sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 172 yang bermaksud:
"Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahnya."


Apabila didatangi dengan berbagai ujian tidak kiralah samada ujian besar mahupun kecil; bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik; hati kita mestilah terus terkenang-kenang dosa-dosa yang telah dilakukan.


Apakah ujian demi ujian yang datang itu untuk menghapuskan dosaku? Atau untuk mendidik diriku agar lebih soleh atau solehah? "Wahai Tuhanku, kalau beginilah hukumanMu untukKu di atas dunia ini, aku rela menerimanya dari diazab oleh api neraka yang amat pedih. Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah."


Bila hati telah berkata begitu, tidaklah timbul rasa ingin mengadu ke sana dan ke mari atau mengeluh di atas segala kesusahan.


Redha terhadap setiap ujian yang datang. Kita mestilah tidak berani menyanggah atau mengkritik Allah swt. Kita mestilah yakin dengan keadilan dan kebijaksanaan Allah di dalam menentukan setiap hal yang berlaku. Atas dasar itu kita menerima berbagai rintangan dan halangan itu dengan lapang dada.


Malah hati yang sudah cinta dengan Allah itu menjadikan setiap ujian yang datang, tidak dirasakan masalah lagi. InsyaAllah hati kita dapat berhibur dengan mehnah yang datang kerana kita tahu itulah kasih sayang dan perhatian Allah swt kepada kita.


Semakin berat ujian yang menimpa diri kita maka sekencang itulah juga ibadah kita pula kepada Allah swt. Semoga diri kita semakin dekat dengan Allah, sembahyang bertambah khusyuk dan semakin lazat kita bermunajat kepada Allah swt. Dalam sepi malam kita bangun bermunajat kepada Allah swt, memohon dibukakan tabir keampunan dan kerahmatan. Pada siang harinya disibukkan diri dengan kerja-kerja yang bermanfaat pada diri dan masyarakat sementara segala masalah yang dihadapi hendaklah cuba dilupa-lupakan.


Tidak sedikit pun melayan kejahatan-kejahatan nafsu dan prasangka buruk terhadap sesama manusia. Kerana kita tahu nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk mengajak kepada kemungkaran. Allah swt telah mengingatkan kita di dalam firmanNya:


"Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kemungkaran."
Ketika datang bisikan-bisikan nafsu yang meruntun diri kita supaya berbuat jahat seperti hasad dengki dengan jiran tetangga atau orang lain, berburuk sangka terhadap kawan, bermasam muka kepada suami, mengumpat dan sebagainya; cepat-cepat ditepiskan bisikan menipu itu.


Kita sudah tahu, sekali diri kita berbuat dosa, akan bertapaklah bintik-bintik hitam di hati, menyebabkan hati kita akan semakin keras bak batu sungai yang sukar dipecahkan. Rasulullah saw bersabda:


"Bila seorang hamba membuat dosa terjadilah satu bintik hitam dihatinya dan kalau bertambah dosanya bertambahlah bintik-bintik hitam itu."


Sabdanya yang lain:


"Orang yang membuat dosa hilanglah sebahagian akalnya untuk tidak kembali lagi selama-lamanya."


Tidak pernah terfikir atau merancang untuk menyakiti hati orang lain lebih-lebih lagi suami, isteri, ibu, ayahnya sekalipun dirinya disakiti. Contohnya, sekembalinya suami ke rumah, tiba-tiba dirinya dijadikan sasaran untuk melepaskan geram. Miskipun dia tahu itu bukan salahnya, tetapi sebagai seorang isteri yang solehah sedikit pun tidak dikesali perbuatan suaminya itu. Sebaliknya menyesali diri yang masih lagi belum solehah kerana dirasakan dirinya gagal untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya itu.


Patuh terhadap arahan suami dan suka menunaikan permintaan daripada sesiapa jua, tanpa banyak soal. Walaupun arahan atau hajat orang lain, itu menyebabkan dirinya terpaksa bekorban dan hidup menderita.


Bukanlah kehidupan kita untuk mencari pangkat dan nama kerana kita tahu di atas dua tiket ini membawa manusia rakus dengan dunia sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapainya. Sebaliknya, kita menjadikan seluruh kehidupan ini untuk mencari kerdhaan Allah swt semata-mata.


Kesimpulannya, masih terlalu banyak peribadi-peribadi lelaki soleh dan wanita solehah yang belum saya cungkil tetapi kiranya kesemua sifat yang di atas tadi dapat kita rintis dengan baik, insyaAllah kita akan memiliki hati yang tenang. Hanya orang yang membawa hati yang tenang dan sejahtera sahaja yang akan selamat menemui Allah di akhirat kelak. Berdoalah selalu semoga kita diberi cahaya keimanan, cahaya bagi segala cahaya yang tiada tolok bandingnya yang bakal memberikan laluan lurus untuk selamat menuju Tuhan yang Maha Agung.

Read more...

Anda Pengunjung Ke.....

  ©Template by Dicas Blogger.