Monday, March 8, 2010

Sambungan CerpenKU

Bab 2

K

egelisahan Kak Zai semakin mencengkam dirinya. Sudah beberapa kali dia pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat untuk Irwan yang mengalami bengkak di pangkal leher. Setiap malam dia dan suami tak dapat lelapkan mata kerana mengenangi anak yang baru berusia empat tahun itu ditimpa malang. Setitis demi setitis air matanya bergenang dipipi.

Zai, sabar lah ini bukan kehendak kita. Anggaplah ini adalah ujian bagi kita sekeluarga.” nasihat Abang Usman kepada isteri yang tercinta.

Lantas tangan lembut Kak Zai merangkul tubuh suaminya dan mereka saling berkongsi kedukaan yang sedang dialami. Abang Usman membalas pelukan isterinya tanpa disedari air mata Abang Usman juga mengalir. Sebak menahan apa yang sedang mereka hadapi. Irwan tidak selincah dahulu. Sudah jarang mulutnya menutur, Mak, ayah tika mereka bersama. Alangkah bahagianya saat itu. Tapi sekarang tidak lagi, yang ada hanyalah rengekan dan tangisan kesakitan yang menghiasi ruang hidup Irwan. Masanya banyak terbaring diatas katil. Nanah dari lehernya sentiasa keluar. Kadang-kadang nanah keluar hampir semangkuk dan tidak menentu. Jururawat desa, Kak Rosmah telah memberikan kapas untuk mengelap nanah yang keluar itu.

Zai kau gunakan ubat ini dan tampal ketika waktu malam ketika nak tidur.

Kak Zai mengangguk tanda faham apa yang telah disampaikan oleh Kak Rosmah tadi.

Saya akan buat yang terbaik demi kesihatan anak saya Kak Rosmah,” tutur Kak Zai perlahan. Zai, Akak harap kamu tempuhilah dugaan ini dengan penuh sabar dan tabah. Ini hanyalah satu permulaan bagi hidup kamu dalam menempuhi ranjau yang penuh berliku. Tiada siapa yang tahu untung nasib kita pada hari esok.

Jadikannya sebagai satu pengalaman yang terbaik bagi kamu sekeluarga dalam menjaga dan mendidik anak pada suatu hari nanti.

InsyaAllah Kak Rosmah apa yang terjadi dalam kehidupan kami sekeluarga akan saya tempuhi dengan sebaiknya, sahut Kak Zai.

Menyedari sakit di leherku tidak menunjukkan tanda yang ia akan pulih, tiba suatu hari ayahku membawaku ke sebuah hospital swasta yang terletak di daerah Kuala Krai. Ayah menunggang motosikal untuk membawaku berjumpa doktor di hospital tersebut. Pada waktu itu jalan perhubungan antara kampungku dengan jalan utama menuju ke daerah Kuala Krai masih tidak berturap hanya yang ada ialah jaln yang masih merah tanahya, berdebu apabila kering dan berlumpur apabila hujan. Lagipun jalan tersebut merupakan jalan yang digunakan oleh lori balak untuk mengangkut balak di kawasan kampung. Kehidupan dalam suasana tersebut cukup daif, bekalan elektrik di kampungku hanya dibekalkan selama dua belas jam bermula dari 7 malam sampai 7 pagi. Kalau generator buat hal terpaksalah penduduk kampung bermandikan api pelita minyak tanah. Itulah suasana kampungku yang kutinggalkan lebih 18 tahun yang lalu. Perjalananku bersama dengan ayah untuk pergi ke klinik swasta cukup menjerihkan, melalui jalan yang berlubang dan berselut amat memayahkan sebelum tiba di jalan utama. Seluar ayahku terpalit dengan lumpur dan motosikalnya apatah lagi. Dan, aku tidak mengerti apa-apa pada saat itu. Aku memerhatikan sahaja gelagat ayahku mencuci seluarnya yang terpalit dengan lumpur sewaktu perjalan kami keluar ke jalan utama sebelum menunggu bas untuk pergi ke Kuala Krai. Lebih kurang dalam lima belas minit kami menunggu bas pun datang untuk mengangkut para penumpang yang ada di perhentian tersebut. Di belakang perhentian bas terdapat sebuah kedai kopi. Nama tuannya ialah Umar. Orang ramai memanggil kedai tersebut dengan panggilan kedai Umar. Stiap kali orang kampungku untuk pergi ke bandar mesti melewati kedai tersebut. Alangkah indahnya suasana tersebut.

Wan, lepas ni kita nak pergi ke klinik. Perjalanan kita masih jauh lagi Wan. Sapa ayahku.

Setelah bas memacu menuju ke destinasi yang seterusnya. Baiklah ayah. Jawabku. Aku membaringkan diriku diatas pangkuan ayah. Sambil itu, ayah juga ada cakap, kalau Wan nak tidur, tidur lah dulu sebab perjalanan kita masih jauh lagi. Nanti Wan penat dan muntah Wan tu tak sihat. Aku menuruti segala kata-kata ayah. Aku dapat lihat dari sinar mata ayah yang berkaca dengan air matanya yang ditahan. Mengenangkan nasib anak pertamanya dilanda ujian sedemikian rupa. Namun dari kejernihan wajah itu aku masih tidak dapat mengerti apa-apa lagi tentang sebuah kehidupan ini. Aku masih mentah, aku masih kanak-kanak. Aku baru setahun jagung. Dalam dakapan ayah sewaktu perjalanan kami menuju ke bandar Kuala Krai. Aku masih lagi dapat merasai kehangatan kasih sayang yang dicurahkan. Setelah satu jam setengah berlalu aku dikejutkan oleh ayah.

Wan bangun nak. Kita dah sampai. Lembut suara ayahku yang terperangkap di gegendang telingaku..

Dah sampai, balasku sambil memisat-misat mata, dan lantas tangan ayahku mengusap rambutku yang berserabai. Ruang mataku hanyalah menatap wajah ayah sebelum kami menuruni bas dan terus menuju ke klinik swasta.

Assalamualaikum..

Ayahku memberi salam kepada petugas di kaunter perkhidmatan pelanggan.

Waalaikumsalam, balas akak yang memakai baju kurung. Senyumannya manis merima kedatangan setiap pelangganya.

Encik ada apa yang boleh saya bantu? Sapa petugas kaunter tadi.

Saya datang bawa anak saya untuk menerima rawatan dari doktor. Jawab ayahku..

Apa sakitnya encik?

Tak tahu lah dah hampir seminggu keadaan dia camni. Mula-mula bengkak, lepas tu bernanah. Setiap malam saya dan isteri tak dapat nak lelapkan mata risaukan anak kami ni.. terang ayahku pada petugas tadi.

Boleh Encik bagi surat beranak dan kad pengenalan encik sekali.

Boleh. Ayahku terus menyeluk poket seluarnya umtuk mengambil kad pengenalan dan terus menyerahkan sambil menyertakan sekali surat beranak ku.

Encik tunggu dulu, lepas ni selepas nama anak encik dipanggil, encik boleh masuk ke bilik rawatan, pinta akak petugas tadi.

Ayah mengangguk tanda faham dan lantas menarik tanganku untukl menduduki sebuah kerusi yang disediakan. Aku mengikuti sahaja perlakuan ayah. Aku melihat suasana dalam klinik tersebut cukup nyaman dengan air-cond yang dipasang membuatkan tubuhku sedikit kesejukkan. Aku juga melihat gambar-gambar dimana aku masih belum mengerti dan mengenali tentang gambar tersebut.

Ayah, ini gambar apa ea?? Soalku pada ayah sambil menunjukkan kearah gambar tengkorak manusia.

Ini gambar tengkorak sayang. Jawab ayahku. Bermacam-macam persoalan yang telah ku tanya pada ayah. Ayahku menjawab satu persatu segala pertanyaanku.

Lemah lembut suara ayah menceritakan tentang apa yang kulihat tadi.

Selang beberapa minit yang lalu, Irwan Budiana bin Usman, kedengaran petugas tadi memanggil namaku. Ayahku memimpin aku untuk memasuki bilik rawatan untuk berjumpa dengan doktor.

Setelah sekian lama doktor memeriksa badanku, akhir sekali doktor telah memberikan suntikan untuk mengurangkan bengkak yang tumbuh di leherku. Pada awalnya, aku menangis apabila melihat jarum yang doktor tunjukkan pada.

Tak nak, tak nak. Jeritku pada ayah.

Tak sakit pun, pujuk ayah padaku, setelah seluar yang aku pakai dilondehkan sedikit.

Setelah sekian lama memujuk akhirnya doktor berjaya menyuntik di punggungku. Aku meraung kesakitan dan hampir semua yang berada di dalam pada saat itu mendengar suara tangisanku. Tangisanku terhenti setelah ayah mendukung diriku dan aku terlentok di bahu ayah.

Read more...

Anda Pengunjung Ke.....

  ©Template by Dicas Blogger.