Saturday, April 3, 2010

Bab 5

Pada tahun 2000 bermulalah sesi pengajianku di alam sekolah menengah. Aku memulakan pelajaran di tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi yang terletak tidak jauh dengan bandar Kuala Krai. Aku sempat belajar di sekolah tersebut selama satu tahun. Aku cukup kesiankan akan kedua ibu bapaku yang tidak mampu untuk membiayai pelajaranku oleh kerana sekolahku terlalu jauh dari rumah. Hampir setiap hujung minggu aku akan menangis sendirian mengenangkan aku tidak ada duit untuk membeli tiket tambang pulang. Nasib baik warden asramaku pada ketika itu sangat baik hati. Namanya cikgu Saidi yang menjaga koperasi asrama. Setiap malam rabu dia telah membuka kaunter khas untuk pelajar meminjam duit darinya. Lama-kelamaan aku menjadi segan dengan cikgu tersebut. Betapa peritnya kehidupanku pada ketika itu. Hanya tuhan sahaja yang tahu.

Mak, ayah ampunkan aku. Hati kecilku merintih sambil air mataku mengalir. Mengenangkan saat kedua orang tuaku yang bekerja untuk menyara kami seramai 5 orang adik beradik pada saat itu. Kehidupan kami cukup susah. Aku pula belajar jauh dari keluarga tercinta. Mak selalu berpesan kepadaku.

Wan, kau belajar lah besungguh-sungguh. Mak dan ayah tidak ada harta nak berikan kepada kamu semua. Hanya pelajaran dan pendidikan yang mak mampu berikan. Kau sekolah lah rajin-rajin ea nak. Pesan ibuku bilamana aku melangkah ingin menuju ke sekolah. Kehidupanku banyak bersulamkan air mata bila terkenangkan bonda dan ayahanda tercinta. Ingin sekali aku mengucup pipi diorang semua.

Persekolahanku di SMK Pahi tidak lama hanya dapat bertahan selama setahun sahaja. Pada tahun 2001 aku mengambil keputusan untuk bertukar sekolah yang berhampiran dengan rumahku. Dalam tingkatan dua aku belajar dalam sesi petang. Selama sebulan aku dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran tersebut. Pada permulaannya, aku berulang-alik pergi kesekolah dengan menaiki lori jiranku. Tambangnya hanyalah RM 2. Ibuku membekalkan aku sebanyak RM 3 ringgit sahaja untuk perbelanjaan sekolah. Aku banyak berlapar sewaktu disekolah. Melihat rakan-rakan yang membeli di kantin selepas itu aku lari masuk ke dalam kelas. Satu lagi kenanganku pada tahu tersebut amat memeritkan sehinggakan kasut yang aku gunakan hanyalah yang aku kutip hasil dari orang tinggal sewaktu aku sekolah di SMK pahi dahulu. Selama setahun setengah aku menggunakan kasut tersebut. Semuanya dah koyak bahagian tepi. Aku berasa malu dengan kawan-kawan yang sering mengejekku.

Wan kau miskin sangat ker sampai kasut kau boleh bercakap. Ejek kawanku. Aku hanya diam sahaja tanpa berkata apa-apa. Hatiku menangis, namun kutahan dengan segenggam tabah kerana aku sedar aku hanyalah seorang insan yang tidak mempunyai apa-apa. Aku banyak belajar dari kesusahan sewaktu aku berjauhan dengan keluargaku dahulu. Mulai saat itu, aku bertekad ingin belajar besungguh-sungguh untu memartabatkan maruah keluargaku. Setelah beberapa bulan persekolahan, aku memohon untuk tinggal di asrama bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mak dan ayah. Wardenku pada ketika itu ialah Ustaz Ahmad. Ustaz ni cukup baik denganku. Pada suatu hari dia menyuruhku menghafal surah Yaasin.

Untuk apa ustaz saya menghafal surah tu? Soalku kepadanya.

Kamu hafal surah ni sebagai permulaan untuk kamu mewakili sekolah dalam bahagian hafazan. Aku hanya mengangguk sebagai menerima apa sahaja yang diperkatakan oleh ustaz tersebut. Selama sebulan aku menghafal akhirnya aku berjaya mengingati semua ayat dalam surah yaasin. Selepas itu, itu menyuruhku menghafal surah yang lain pula iaitu surah As Sajdah yang mengandungi sebanyak 30 ayat. Lebih kurang seminggu aku menghafal. Begitulah kehidupanku sewaktu permulaan tinggal di asrama.

Pada tahu 2002 aku ditawarkan oleh Ustazah Nani untuk menhadi pengawas sekolah. Pada ketika itu aku berada dalam tingkatan tiga. Aku telah pun dinaikkan kelas dari 2 A 5 dinaikkan ke kelas 3 A 2. aku dinaikkan kelas ke 3 A 2 kerana aku berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun ketika berada dalam tingkatan dua. Selepas itu aku dilantik sebagai pengawas. Bakat aku semakin terserlah dalam kepimpinan pengawas dan lantas pada tingkatan 4 aku juga telah terpilih untuk menjadi Penolong Ketua Pegawas. Pada hari pertama aku menjadi pengerusi majlis. Hatiku cukup berdebar kerana hari tersebut merupakan hari perhimpunan yang besar bagiku kerana pengetua pun ada sekali. Dalam tingkatan 4 aku terpilih untuk belajar dalam aliran sains. Sebelum itu, keputusanku dalam peperiksaan PMR hanyalah 1A 5B dan 2C sahaja. Aku berjaya untuk mengikuti kursus kejuruteraan awam. Tapi, aku menolak tawaran itu memandangkan keluargaku susah untuk menanggung pembelajaranku di sana. Aku meneruskan pelajaran dalam aliran sains seperti rakan pelajar yang lain. Pada mulanya, cita-citaku untuk menjadi seorang engineer bercambah setelah kehadiran Cikgu Hanafiah kesekolahku. Cikgu Hanafiah merupakan bekas seorang engineer aerodinamik dari sebuah syarikat swasta. Pengalaman beliau dalam bidang tersebut adalah selama 5 tahun. Dan telah mengambil diploma pendidikan untuk menjadi seorang guru.

Dalah hal ini, menurut teori Ginzberg pada peringkat ini aku berada dalam peringkat realistik dimana pada peringkat ini individu mula mendapatkan maklumat dan pengalaman yang dapat membantu mereka dalam membuat pemilihan kerjaya. Di peringkat penghabluran individu akan membuat penilaian terhadap semua faktor dan mula terlibat secara langsung dengan sesuatu kerjaya yang dipilih secara objektif, tetapi masih belum begitu jelas. Pada peringkat ini juga individu mula membuat pengkhususan dalam pemilihan kerjaya kerana mereka menyempitkan bidang pilihan kepada dua atau tiga pilihan sahaja. Menurut teori ini individu pada peringkat ini akan menukar atau mengubah pilihan yang kurang tepat kepada pilihan yang lebih tepat, sesuai dengan minat dan nilai yang ada padanya.

Pada tahun 2004 merupakan tahun terakhir aku berada di alam sekolah setelah aku menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia. Pada tahun itu rakan sekelasku Cuma ada 16 orang sahaja sepuluh perempuan dan 6 lelaki. Semua member lelaki masih kuingati sampai hari ini namanya Nizam, Nik Ahmad Faezi, Faisal, Azham dan Saiful yang aku memanggilnya baby dalam kelas. Dan ramai lagi kawan perempuan yang masih kuingati antaranya seperti Pazlina, Zafirah, Rosnita, Rozana dan lain-lain. Kami semua akrab dalam kelas. Cukup happening waktu belajar tambahan pula waktu kelas fizik. Perhubungan kami dengan cikgu seperti kawan.

Awak semua ni tak ubah cam budak-budak. Kata Cigu Hanafiah. Kawan-kawan ku semua gelak dan dia turut tersenyum dengan karenah kami sebagai pelajar. Walaupun pelajar kelas aku menjadi pelajar harapan sekolah, semua kawan-kawanku tidak berlagak dan sering membantu pelajar kelas lain dalam masalah pembelajaran. Terutama sekali dalam subjek matematik dan sains.

***********************************

Perjalanan kehidupan yang tidak pernah bertepi. Ujian dan dugaan pasti kuharungi, biarpun gelombang ujian yang melanda namun kulajukan kayuhan kemudi agar tidak karam di tengah lautan. Arah tuju sudah semakin hampir dengan dengan sebuah kejayaan. Berkat kesabaran dan patuh pada setiap suruhanNya. Lantas kuteruskan pelayaranku dialam pendidikan dengan kumenjejakkan kaki ke tingkatan enam rendah. Keputusanku dalam SPM menjadi ukuran. Walaupun hanya mendapat 3A 1B 3C 2D 1E. Aku lulus dalam semua mata pelajaran. Syukur alhamdulillah. Aku memanjatkan kesyukuran kepada tuhan kerana mendapat keputusan yang agak baik dalam SPM. Biarpun aku tak sempat nak mengisi sebarang borang untuk melanjutkan pelajaran. Pada waktu itu, aku berada di Sabah bersama dengan bapa saudaraku. Selama 2 bulan lebih aku tinggal kat sana. Menikmati segala pengalaman yang amat menyeronokkan. Yang paling aku tidak dapat melupakan pengalaman tersebut ialah sewaktu aku mendaki Gunung Kinabalu. Aku sempat sampai ke Low’s Peak iaitu puncak yang tertinggi gunung tersebut. Aku sempat melihat sinaran mentari yang baru terbit. Aku juga sempat melihat fajar siddiq. Itulah pengalamanku sewaktu berada di Sabah. Sungguh mengasyikkan ciptaan ilahi. Aku sempat juga melawat Pulau Labuan yang terletak di selatan negeri Sabah. Air pantainya jernih dengan pasir yang memutih. Penduduknya tidak ramai. Aku pergi kesana menaikki feri yang memakan masa lebih kurang 1 jam setengah. Pemandang di waktu senja amat mempesonakan. Ku melihat mentari melabuhkan tirai siangnya diufuk barat. Cahayanya merah sesuai untuk pasangan yang baru melangsungkan perkahwinanya untuk berbulan madu disana. Itulah pengalaman yang sentiasa terukir dalam memoriku sewaktu singgah di negeri bawah bayu.

1 comments:

in,  July 19, 2010 at 1:10 PM  

in dlu penah dok kt sabah.. lme gak la..
dari umur setahun smpai lah darjah 4... lme kn..
hehehehe
sje je nk sibok2...

Post a Comment

tq budi. satu pembaharuan untuk anda dalam membuka ruang untuk berkomunikasi dengan kenalan rapat anda.

Anda Pengunjung Ke.....

  ©Template by Dicas Blogger.