Saturday, April 17, 2010

Bab 7

A

ku cukup berbangga pada tahun itu kerana cukup bersejarah bagiku. Segala persiapan untuk aku mendaftarkan diri sebagai mahasiswa semuanya diuruskan olehku sendiri. Aku tak mahu mak dan ayah bersusah payah demiku lagi biarlah aku lakukan semuanya. Aku nak mak dan ayah tidak pening kepala untuk menguruskanku. Setelah semuanya selesai, keluargaku membuat sedikit kenduri kesyukuran dan solat hajat yang aku sendiri menjadi imamnya. Aku mengharapkan agar sewaktu pembelajaran di UPSI nanti tidak mendatangkan masalah kepadaku dan aku senang mengikuti pelajaran disana. Aku juga memohon kepada tuhan agar aku tidak mudah hanyut dibuai gelora sosial yang mana aku juga tahu aku lemah dalam menghadapi situasi ini. Kekadang aku sering terlena seandainya aku jauh dari Yang Esa. Itulah yang aku pohonkan dari tuhan agar dibenteng dengan kekuatan iman, dengan kesedaran dan harapan keluarga menghantarku belajar serta banyak mengorbankan segala-galanya demi masa depan anak-anak. Sambil berdoa aku menangis mengenangkan sejarah aku yang terdahulu, susah senang dialam sekolah yang kadang-kadang aku tidak membawa duit kesekolah, membayangi diriku sewaktu aku kecil yang sudah pandai mengasuh adik sewaktu mak dan ayah pergi kerja untuk mencari nafkah demi kami adik beradik. Aku terkenangkan semua itu. Ditambah pula memandangkan ayah seorang perantau yang tidak ada sesiapa untuk berpaut sewaktu susah. Semua itu cukup menyentap perasaanku dan bisa mengalirkan air mata. Ayah, aku berjanji akan menaikkan martabat keluarga kita yang sering dipandang rendah oleh masyarakat. Lepas orang belajar nanti ayah dah tak usah kerja lagi. Kataku pada ayah. Biarlah orang menyara adik-adik yang masih bersekolah. Tiba-tiba air mata ayah gugur setelah aku mencium tangannya seusai sahaja solat hajat.

Tanggal 30 haribulan Jun pada tahun 2007 aku bertolak menuju ke Ipoh dan bermalam di rumah Mak Cik di Jelapang. Aku dan keluargaku berhenti rehat disana setelah beberapa jam dalam perjalanan sambil melihat banjaran titiwangsa yang amat mengasyikkan. Aku merentasi kawasan dingin tanah tinggi Cameron dan sempat merasai buah strawberi yang segar dari ladang. Sayur yang dijual amat murah dan bunga-bungaan yang menghiasi amat memukau mata yang memandangnya. Itulah kata orang tua-tua ”jauh perjalan, luas pemandangan”. Disamping itu dapat kurasakan kebesaran ciptaan tuhan yang amat menakjubkan. Setelah empat jam perjalanan maka aku dan keluarga sampai di rumah makcik. Badan yang penat, seluruh sendi badan merasai lenguh yang singgah di otot tubuhku membuatkan diriku terasa tidak bermaya.

Pada keesokan paginya pada 1 Julai 2007 aku bertolak dari Ipoh menuju ke Kolej Za’ba dimana aku perlu mendaftarkan diri disana. Masanya adalah jam 9.00 pagi. Jadi aku bertolak seawal jam 7.00 pagi dari sana untuk sampai ke tanjung Malim. Sesampai sahaja disana aku melihat ramai orang uang datang dari pelbagai negeri tanpa mengira dari Perlis sampai Sabah. Semuanya ada. Begitulah perasaan ku bercampur dengan rasa bangga dan hiba apabila aku bakal ditinggalkan bersendirian nanti. Setelah aku mendaftarkan diri aku perlu melihat rumah yang akan kududuki nanti. Rumahnya ialah di KZ E 302 dimana ianya terletak di tingkat tiga. Aku membawa keluarga melihat tempat yang akan ku tinggal bagi semester yang pertama sesi pengajian 07/08 nanti.

Akhir sekali sebelum seluruh ahli keluargaku berangkat pulang aku berpelukan dengan ayah dan mak. Air mata ayah dan mak gugur lagi tatkala mahu meninggalkan ku. Dia sempat berpesan kepadaku agar belajar rajin-rajin dan jangan lupakan segala pesan yang mak berikan sebelum datang belajar dahulu. Lantas itu jugalah air mataku menitis mengenangkan keluarga tersayang disaat perpisahan kami. Aku mengucup wajah mak dan ayah kerana selama empat tahun aku belajar disini. Sirna yang kujejaki akhirnya kudapati setelah ranjau dan duri ketempuhi. Begitu payah dan sukar dalam memahami erti sebuah kehidupan dalam menggapai makna sebuah kejayaan.

2 comments:

in,  July 19, 2010 at 1:25 PM  

da habis da in bace... cerpen yang menarik tp still bnyk speling error.. klo nk publish using written media budi kne btolkn la spelling error 2.
lg 1 kt bab yang budi sakit tengkuk menanah 2 pe kate bgtau secara sainstifik ape penyakit 2.. boleh d jdikan sudut ilmiah.. bnyk kerja sikit la coz kne wt research skit. bg orng faham pasal penyakit 2 n simptom2 penyakit 2.. 2 ju comment sy... heheheh just pndai ckap je kn... klo suh sy yang buat mybe jurnal mcm nie x kn jadi... hehehehe...

mr.budi March 8, 2011 at 7:49 PM  

tthank's coz sudi baca sejarah perjalanan hidup sya. hehehe..bab spelling error 2 salam maaf r coz x sempat nak edit..Just main copy n paste jer. huhuhu...bab penyakit 2 nnt sy p tnya doktor ya..hehehe...

Post a Comment

tq budi. satu pembaharuan untuk anda dalam membuka ruang untuk berkomunikasi dengan kenalan rapat anda.

Anda Pengunjung Ke.....

  ©Template by Dicas Blogger.