Thursday, March 4, 2010

Bermulanya menjejak Sirna....

BAB 1

S

ayup-sayup kedengaran getar hati yang melanda. Bagaimana harusku titi perjalanan yang masih bersisa. Perjuangan hidup ini tak pernah berkesudahan. Jiwaku resah, pincang fikirku untuk menilai apa yang telah berlaku. Wahai bonda dan ayahanda tercinta, aku mengharapkan restu dari kalian. Ampunkanlah akan segala kesalahan dan dosa noda yang telah aku lakukan. Halalkanlah segala kasih sayang yang telah engkau curahkan dan setiap titis susu yang kau berikan. Aku tidak sanggup mati dalam kemungkaran. Desis hati mula berbicara bermain dengan kata-kata. Menyusun kalimah untuk menyulam benang-benang pengetahuan dengan tinta minda. Itulah kata hatiku disaat termenung jauh mengenang nasib diri ketika menuntut ilmu. Sekilas pandangan terpancar wajah bonda dan ayahanda tercinta nun jauh dihujung desa. Mencari nafkah demi membesarkan anak-anak dengan sempurna. Biarpun terpaksa membanting tulang empat kerat. Bermandi peluh tatkala dimamah sinaran mentari dari ufuk timur sampai ke ufuk barat. Aku tidak pernah terfikir jalur kerut bertebar dikulit ayah menampakkan usianya semakin meningkat tua. Tanpa disedari air mataku mengalir diiringi lagu instrumental yang bertajuk Doaku yang didendangkan oleh Hadad Alwi yang berasal dari Indonesia. Ah!! Aku cuba untuk menenangkan hati ini. Nasihat dan peringatan ayah sentiasa menyelubungi diri ini tatkala ku dibuai kealpaan.” Wan, bila kau dah dapat capai bintang dilangit jangan kau lupa rumput dibumi, ingat asal usulmu. Jangan sekali-kali kau bongkak, sombong tundukkanlah hatimu dengan sinar iman. Itula azimat keramat yang sentiasa aku ingat sampai sekarang.

************************

Sinaran mentari semakin meninggi, suasana kampung cukup sunyi kerana semua orang kampung bekerja untuk menanam, menebas dan pelbagai lagi aktiviti yang lain. Para suri siap menyediakan santapan tengahari untuk kepulangan suami yang penat bekerja. Terdapat sebuah rumah yang cukup hening menantikan saat kelahiran seorang cahaya mata yang menjadi penyeri rumahtangga. Tambahan pula anak tersebut merupakan anak yang pertama dalam keluarga yang disemikan selama setahun. Wajah Abang Usman terukir sebuah senyuman manakala si isteri berhempas pulas bergelut untuk melahirkan anak pertamanya. Akhirnya suasana hening tadi dihiasi suara tangisan si anak kecil. Terpancar sinar kebahagiaan disebalik titis keringat perjuangan pada wajah seorang ibu.

”Abang, anak kita selamat dilahirkan”, bisik Zai pada suaminya.

Abang syukur pada tuhan Zai, kurniakan anak lelaki pada kita. Comelkan bang. Balas isterinya.

Abang, azankanlah untuk anak kita. Zai harap anak kita dapat menjadi seorang yang baik-baik, berjaya seperti abang.

Zai juga anak ini tabah seperti bapaknya. Seru Zai pada si suami.

Abang Usman melirih senyum sambil mengucup dahi isterinya sebelum melaungkan azan untuk anak mereka. Betapa bahagianya mereka disaat itu. Mereka berdua tidak menyedari mak bidan dan jururawat desa serta orang sekeliling memerhatikan kebahagiaan itu. Setelah bayi itu selesai dibersihkan, gemersik suara abang Usman sayu kedengaran ketika melaungkan azan di telinga kanan anak lelakinya itu. Mak Su jiran sebelah mengucapkan tahniah kepada Abang Usman dan Kak Zai kerana menyambut orang baru dalam kehidupan rumahtangga mereka. Cahaya mata ini telah dilahirkan pada tanggal 23 Disember tahun 1987. itulah tarikh keramat sewaktu kelahiran anak seorang perantau dari negeri seberang. Si anak kecil ini sungguh comel dan sringkali merengek tatkala ingin meminta susu dari ibunya. Sinar matanya memberi kebahagiaan kepada Abang Usman sekeluarga. Tersenyum sendirian Abang Usman mengenangkan anak pertamanya ini yang diberi nama Irwan Budiana. Sungguh indah nama tersebut. Seringkali rakan-rakanya memuji keindahan nama itu.

Man, cantiklah nama anak engkau,”puji Pak Mat yang singgah sebentar untuk melawat keluarga Abang Usman.

Terima kasih lah Pak Mat. Balas Abang Usman, saya nak gabungkan nama anak saya ni dengan nama Indonesia. Supaya tak hilang nanti keturunan saya. Gurau abang Usman.

Kak Zai tersenyum kerana sentiasa mendengar pujian dari rakan-rakanya. Begitulah kehidupan si anak kecil ini yang sentiasa dilawati oleh tetamunya.

Read more...

Menjejak Sirna karya....Ria Andika

Read more...

Monday, February 22, 2010

Harga Remaja

Berapakah sebenarnya remaja
Yang Bersih dari gelora kecewa
Berapakah sebenarnya harga remaja
Bagai kehijauan pohon di perjalanan

Dengan apakah akan kau penuhi
Piala remajamu adakah cuka
Kesangsian dari cinta murah atau madu
Ajaran dari ilmu susah

Remaja amat mahal sesungguhnya
Tiada terbeli oleh perjanjian
Remaja amat mahal sesungguhnya
Harga remaja pendirian keberanian

Read more...

Friday, February 19, 2010

Seronoknya....

Tanggal 17 Febuari 2010, saya telah bertolak ke Kuala Ketil menuju ke rumah Saudara Amhari. Dia merupakan salah seorang fasilitator yang terlibat dalam program motivasi di Sekolah Model Khas Baling (SMKB). Selain itu terdapat seramai 10 orang fasilitator yang terlibat sama. Termasuklah Izzuan, Faizul, Huzaimi (Tok Mat), Saya ( IBU), Amhari, Saudari Syhakin, Norilla, Hidayah, Norhayati, dan saudari Airin. Tema program yang diadakan ialah "Program Menggapai Bintang". Peserta yang terlibat seramai 148 orang semuanya iaitu para pelajar yang akan menduduki perperiksaaan SPM dan PMR. Setakat itu sahaja pengenalannya.
Perjalanan kami menuju ke sana menaiki Toyota Estima yang disewa khas oleh AJK Pengankutan iaitub saudara Amhari dan Izzuan. Hehehe... Oleh kerana itu perjalanan amat selesa dan seterusnya boleh meningkatan semangat motivasi setiap fasilitator yang akan melaksanakan program itu nanti. Untuk Pengetahuan para pembaca yang budiman, kami bertolak dari UPSI pada waktu malam iaitu pada jam 10.00 malam dan sampai di rumah Amhari pada jam 4.00 pg. Penatnyer..huhuhu. Sampai sahaja di rumah tersebut, kami disambut oleh bonda amhari diwaktu yang amat dingin sementara kami pula mungkin ada yang kepenatan terus rebah diatas tilam yang disediakan. Selesai sahaja melayan kami semua sekali dilamun mimpi bercampur dengan penat yang singgah membuatkan terlena sampai pagi...Nasib baik sempat solat subuh..hihihi...
Seusai bersiap diatas segalanya di teratak Amhari, kami bertolak menuju ke (SMKB) pada jam 12.30 tgh. Seterusnya, saya akan meneruskan episod selanjutnya dalam perjalanan program ini. maaf sebab esok saya akan mengadakan Program Kesatria Unggul di Sekolah Model Khas Temerloh.. Doakan kejayaan saya semua...InsyaAllah...

Read more...

Tuesday, February 9, 2010

Anda Bosan Ea... cuba dengar lagu ni.:))

Read more...

Read more...

Monday, February 8, 2010

Berlalu Sudah Sebuah Kenangan

Salam sejahtera buat semua........


Sudah lama saya tidak update blog ini...hehehe.. Tidak mengapa mungkin sebelum ini tidak berkesempatan untuk berkongsi dengan para pelayar sekalian.. Bermula pada hari ini sedikit demi sedikit akan saya menulis tentang diari perjalanan kehidupan seorang mahasiswa. Tidak dinafikan perjalanan kita memang menyeronokkan. Akan tetapi seringkali kita terleka untuk bermuhasabah tentang perjalan itu. Dalam laman ini juga saya akan kesampingkan beberapa informasi-informasi dalam mencapai motivasi kendiri dengan perkongsian cerita dan pengalaman tentang kehidupan saya. Saya juga sedia berkongsi dengan sesiapa sahaja yang berminat tentang apa juga masalah atau cerita kerana disitu pada saya kita akan mendapat sesuatu yang baru.

Pepatah ada menyebutkan " Tak Kenal maka Tak Cinta", untuk itu dalam beberapa masa lagi saya akan uploadkan cerpen berkaitan dengan diri saya. Disamping itu saya juga akan mengupdatekan blog ini supaya lebih menarik dan berinformasi untuk pembaca sekalian. Tidak ketinggalan video-video motivasi untuk dihayati dan ditatapi supaya dapat menjadi sumber inspirasi bagi kita semua..=))

Read more...

Anda Pengunjung Ke.....

  ©Template by Dicas Blogger.