Tuesday, February 9, 2010

Anda Bosan Ea... cuba dengar lagu ni.:))

Read more...

Read more...

Monday, February 8, 2010

Berlalu Sudah Sebuah Kenangan

Salam sejahtera buat semua........


Sudah lama saya tidak update blog ini...hehehe.. Tidak mengapa mungkin sebelum ini tidak berkesempatan untuk berkongsi dengan para pelayar sekalian.. Bermula pada hari ini sedikit demi sedikit akan saya menulis tentang diari perjalanan kehidupan seorang mahasiswa. Tidak dinafikan perjalanan kita memang menyeronokkan. Akan tetapi seringkali kita terleka untuk bermuhasabah tentang perjalan itu. Dalam laman ini juga saya akan kesampingkan beberapa informasi-informasi dalam mencapai motivasi kendiri dengan perkongsian cerita dan pengalaman tentang kehidupan saya. Saya juga sedia berkongsi dengan sesiapa sahaja yang berminat tentang apa juga masalah atau cerita kerana disitu pada saya kita akan mendapat sesuatu yang baru.

Pepatah ada menyebutkan " Tak Kenal maka Tak Cinta", untuk itu dalam beberapa masa lagi saya akan uploadkan cerpen berkaitan dengan diri saya. Disamping itu saya juga akan mengupdatekan blog ini supaya lebih menarik dan berinformasi untuk pembaca sekalian. Tidak ketinggalan video-video motivasi untuk dihayati dan ditatapi supaya dapat menjadi sumber inspirasi bagi kita semua..=))

Read more...

Saturday, May 2, 2009

Wah.. Habis Sudah Keperitan untuk semester Empat

Mengenangkan final exam yang telah dilalui pada semester ini. Banyak yang telah ku pelajari dalam merentas ranjau dan liku-liku yang tidak pernah bertepi. Akhirnya, perjuangan dalam semester ini dapat kutempuhi dengan kesabaran biarpun cukup pahit untuk ditelan. Kepada raka-rakan seperjuangan saya mengucapkan selamat bercuti dan menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) dengan baik. Semoga dengan melalui rancangan ini dapat menyuntik semangat kalian untuk menjadi seorang bakal guru pada suatu hari nanti.

Read more...

Friday, April 17, 2009

Baru Nak Update..huhuhu.....

Salam buat semua pelayar blog ini. Diucapkan berbanyak terima kasih diatas kesudian anda semua kerana sudi singgah untuk menatap isi kandungan blog saya ini. Dah lama saya tak update blog ni. perasaan yang bercampur baur dengan tugasan yang menggunung sejak dua menjak ni. hehehe...=)..Walau aper pun yang terjadi, diharapkan segala apa yang saya titipkan dalam ruangan ini bisa memberikan manfaat dan faedah bagi kita semua. Buat masa sekarang saya ingin mengucapkan Selamat berjuang untuk rakan-rakan yang bakal menduduki final exam pada minggu hadapan (21 April 2009). Usaha+Doa+Tawakkal= Kejayaan. Formula paling ampuh dalam meneruskan cita-cita yang murni demi mencapai sebuah kejayaan yang hakiki. Perbetulkan niat, sucikan hasrat, jadikan harapan ibu dan ayah  sebagai azimat untuk memantapkan keutuhan motivasi dalam diri kita masing-masing. Ketepikan karenah rakan-rakan yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada diri sendiri. 

Read more...

Saturday, November 22, 2008

Pengorbanan.....

Mungkin semua orang dah mengetahui, ape itu erti pngorbanan. Mungkin banyak tafsiran yang akan dibuat. Salah satu erti yang mner boleh kita tafsirkan ialah bgaimana kita membuat diantara dua pilihan. Ya atau tidak. itu adalah salah satu jawapan contohnya. Mungkin kerana itu merupakan pilihan yang kita buat sendiri yang dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran. Bersempena dengan musim haji yang bakal menjelma tidak lama lagi. seperti mana yang kita ketahui ialah perngorbanan yang di lakukan oleh Nabi Ibrahim a.s diperintahkan menyembelih anaknya Ismail a.s. Dengan hati yang terbuka nabi menerima perintah tersebut. Hal ini banyak mengajar umat manusia menuntut banyak pengorbanan untuk mendapatkan keredhaan sang Maha Pencipta.
Kadang-kala diantara kita sering kelesuan dan tidak bermaya bila berhadapan dengan sesuatu ujian. Oleh hal yang demikian adalah kerana ujian tersebut menuntut pengorbanan dari diri kita. Tanpa mereka sedari dengan perngorbanan yang dilakukan itu akan mendatangkan banyak lagi faedah yang mungkin tidak pernah kita jangkakan. Fikir-fikirkanlah dengan akal yang dikurniakan, moga sama-sama kita mengambil faedah dan sabar serta ikhlas dalam mengharungi cabaran dan dugaan hidup dizaman yang penuh kemelesetan moral manusia. Sekian

Read more...

Wednesday, November 12, 2008

Ermmm.... hari ini, saya rasa cukup tenang.. mungkin exam dah nak habis kot. hehehe... Ketenangan yang dicari membuatkan hati kita tenteram.. So, memandangkan tinggal satu lagi paper yang akan kududuki pada minggu depan, saya mengharapkan kalian yang membaca blog ini sama-sama mendoakan kejayaan dalam mengharungi dugaan untuk final paper yang akan datang.

Read more...

Anda Pengunjung Ke.....

  ©Template by Dicas Blogger.