Sunday, November 2, 2008
Wednesday, October 29, 2008
Bicara bidadari berwajah manusia
PERINGATAN IMAM AL-GHAZALI
Kehidupan kita seharian memang tidak dapat memisahkan diri dari pemerintah/pemimpin. InsyaAllah, tazkirah dari Imam Al Ghazali di bawah ini dapat dijadikan iktibar supaya dapat memelihara diri dari kemurkaan Allah.
1. Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim,
malah jangan bertemu dengan mereka. Bejumpa dan bergaul dengan
mereka banyak padahnya. Dan sekiranya kamu terpaksa, maka jangan
sekali-kali memuji mereka. Kerana Allah amat murka sekiranya orang
fasik dan zalim dipuji. Dan sesiapa yang mendoakan panjang umur
mereka, maka dia sebenarnya suka agar Allah didurhakai di muka
bumi.
2. Jangan menerima apa-apa pemberian daripada golongan pembesar,
walaupun kamu tahu pemberian itu adalah dari sumber yang halal.
Sikap tamakkan pemberian mereka akan merosakkan agama. Dari situ
akan timbul rasa simpati terhadap mereka. Kamu akan mula menjaga
kepentingan mereka dan berdiam diri terhadap kezaliman yang mereka
lakukan. Ini semua akan merosakkan agama.
3. Dan sekecil-kecil mudarat ialah apabila kamu menerima pemberian
mereka, kamu akan merasa sayang terhadap mereka. Seterusnya kamu
akan mendoakan agar mereka kekal lama pada kedudukan mereka.
Mengharapkan seseorang yang zalim itu kekal lama pada tempatnya,
adalah seperti mengharapkan kezaliman terus berpanjangan ke atas
hamba-hamba Allah dan agar alam ini musnah sepenuhnya.
4. Apa lagi yang lebih buruk daripada itu terhadap agama ini?
Kamu juga harus berwaspada agar tidak disesatkan oleh syaitan
melalui kata-kata sebahagian manusia kepadamu, "Lebih baik kau
ambil wang yang mereka berikan itu. Kamu boleh membahagikannya
kepada fakir miskin. Kalau engkau biarkan mereka membelanjakan
wang tersebut, sudah tentu mereka menggunakannya untuk kemaksiatan."
Sesungguhnya ramai manusia telah disesatkan oleh syaitan dengan
cara ini. Semuanya telah termaktub di dalam kitab Ihya': carilah
di sana.
(dipetik dari: PERINGATAN IMAM AL-GHAZALI, m/s 49-50)
Tafakur Sebelum Tidur
Setiap malam sebelum kita merebahkan diri, sebelum kita melelapkan mata, sebelum diri diulit mimpi; bertafakurlah sebentar dan cuba tanya-tanyakan pada diri kita: "Apakah sudah meningkat ketaqwaanku pada hari ini?
"Apakah sudah meningkat amalan kesolehanku pada hari ini? Putar dan putar kotak fikiran kita. Imbas kembali setiap gerak langkah pada sepanjang siang tadi. Bandingkan amalan semalam dengan amalan hari ini. Seandainya amalan hari ini semakin baik, itu tandanya sudah ada peningkatan taqwa dalam diri. Tidak kiralah sama ada amalan itu berkaitan dengan urusan hablumminallah (hubungan dengan Allah) atau hablumminannas (hubungan dengan manusia). Bukti ketaqwa semakin meningkat bukan pada banyaknya kerja yang kita lakukan pada hari itu tetapi kesungguhan kita di dalam melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah swt.
Di antara ciri-ciri lelaki soleh atau wanita solehah itu ialah:
Hati kita mestilah sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah swt. Kita mestilah merasakan segala ketaatan dan amal ibadah kita itu, bukan daripada diri kita. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepada diri kita. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, kita tidak leka dengannya tetapi hati kita terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.
Sehingga dengan itu kita tidak pernah melupakan perintah syukur sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 172 yang bermaksud:
"Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahnya."
Apabila didatangi dengan berbagai ujian tidak kiralah samada ujian besar mahupun kecil; bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik; hati kita mestilah terus terkenang-kenang dosa-dosa yang telah dilakukan.
Apakah ujian demi ujian yang datang itu untuk menghapuskan dosaku? Atau untuk mendidik diriku agar lebih soleh atau solehah? "Wahai Tuhanku, kalau beginilah hukumanMu untukKu di atas dunia ini, aku rela menerimanya dari diazab oleh api neraka yang amat pedih. Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah."
Bila hati telah berkata begitu, tidaklah timbul rasa ingin mengadu ke sana dan ke mari atau mengeluh di atas segala kesusahan.
Redha terhadap setiap ujian yang datang. Kita mestilah tidak berani menyanggah atau mengkritik Allah swt. Kita mestilah yakin dengan keadilan dan kebijaksanaan Allah di dalam menentukan setiap hal yang berlaku. Atas dasar itu kita menerima berbagai rintangan dan halangan itu dengan lapang dada.
Malah hati yang sudah cinta dengan Allah itu menjadikan setiap ujian yang datang, tidak dirasakan masalah lagi. InsyaAllah hati kita dapat berhibur dengan mehnah yang datang kerana kita tahu itulah kasih sayang dan perhatian Allah swt kepada kita.
Semakin berat ujian yang menimpa diri kita maka sekencang itulah juga ibadah kita pula kepada Allah swt. Semoga diri kita semakin dekat dengan Allah, sembahyang bertambah khusyuk dan semakin lazat kita bermunajat kepada Allah swt. Dalam sepi malam kita bangun bermunajat kepada Allah swt, memohon dibukakan tabir keampunan dan kerahmatan. Pada siang harinya disibukkan diri dengan kerja-kerja yang bermanfaat pada diri dan masyarakat sementara segala masalah yang dihadapi hendaklah cuba dilupa-lupakan.
Tidak sedikit pun melayan kejahatan-kejahatan nafsu dan prasangka buruk terhadap sesama manusia. Kerana kita tahu nafsu dan syaitan tidak pernah berputus asa untuk mengajak kepada kemungkaran. Allah swt telah mengingatkan kita di dalam firmanNya:
"Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kemungkaran."
Ketika datang bisikan-bisikan nafsu yang meruntun diri kita supaya berbuat jahat seperti hasad dengki dengan jiran tetangga atau orang lain, berburuk sangka terhadap kawan, bermasam muka kepada suami, mengumpat dan sebagainya; cepat-cepat ditepiskan bisikan menipu itu.
Kita sudah tahu, sekali diri kita berbuat dosa, akan bertapaklah bintik-bintik hitam di hati, menyebabkan hati kita akan semakin keras bak batu sungai yang sukar dipecahkan. Rasulullah saw bersabda:
"Bila seorang hamba membuat dosa terjadilah satu bintik hitam dihatinya dan kalau bertambah dosanya bertambahlah bintik-bintik hitam itu."
Sabdanya yang lain:
"Orang yang membuat dosa hilanglah sebahagian akalnya untuk tidak kembali lagi selama-lamanya."
Tidak pernah terfikir atau merancang untuk menyakiti hati orang lain lebih-lebih lagi suami, isteri, ibu, ayahnya sekalipun dirinya disakiti. Contohnya, sekembalinya suami ke rumah, tiba-tiba dirinya dijadikan sasaran untuk melepaskan geram. Miskipun dia tahu itu bukan salahnya, tetapi sebagai seorang isteri yang solehah sedikit pun tidak dikesali perbuatan suaminya itu. Sebaliknya menyesali diri yang masih lagi belum solehah kerana dirasakan dirinya gagal untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya itu.
Patuh terhadap arahan suami dan suka menunaikan permintaan daripada sesiapa jua, tanpa banyak soal. Walaupun arahan atau hajat orang lain, itu menyebabkan dirinya terpaksa bekorban dan hidup menderita.
Bukanlah kehidupan kita untuk mencari pangkat dan nama kerana kita tahu di atas dua tiket ini membawa manusia rakus dengan dunia sehingga sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapainya. Sebaliknya, kita menjadikan seluruh kehidupan ini untuk mencari kerdhaan Allah swt semata-mata.
Kesimpulannya, masih terlalu banyak peribadi-peribadi lelaki soleh dan wanita solehah yang belum saya cungkil tetapi kiranya kesemua sifat yang di atas tadi dapat kita rintis dengan baik, insyaAllah kita akan memiliki hati yang tenang. Hanya orang yang membawa hati yang tenang dan sejahtera sahaja yang akan selamat menemui Allah di akhirat kelak. Berdoalah selalu semoga kita diberi cahaya keimanan, cahaya bagi segala cahaya yang tiada tolok bandingnya yang bakal memberikan laluan lurus untuk selamat menuju Tuhan yang Maha Agung.
Sunday, October 26, 2008
Assalamualaikumm w.b.t
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan atau sesiapa yang mengenali diri saya
kerana sudi singgah dan menatap isi kandungan dalam blog ini. Kritikan dan komentar dari anda semua amat saya harapkan kerana saya merupakan buah cempaedak di luar pagar. Hehehehe....
Dengan saya juga mengharapkan dalam ruangan ini kita sama-sama dapat menghidupkan cabang idea dan wacana fikiran serta perkongsian ilmu dari kalian semua.
Sesungguhnya apa yang baiuk itu datangnya dari Allah SWT, dan apa yang kurang itu datangnya dari kelemahan saya sendiri. :=)
Saturday, October 25, 2008
Hai, boleh saya kenal?????.........
o ReNuNgAn bErSamA bIlA BeRmUlAnYa ...........hAi! BolEh beRKenAlAn..
1. hai boleh saya kenal saya tertarik dengan perwatakan sopan awak, da lama saya perhati awak,awak budak baik dan tertarik dengan tudung labuh awak......saya harap kita boleh berkenalan....ukhwah fillah eh orang kata... saya tak pandai sangat arab...
2.terima kasih menerima saya, saya akan try sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat,saya tau saya bukan baik, tapi saya sentiasa cuba terbaik untuk awak...
3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan bagi orang nampak...
keluar dengan kekawan tau, balik kntek,,,saya doakan awak.
4.wak, Kenapa tak kntek saya, saya risau awak keluar lelamer... ye,,,saya tak ada hak, saya tau saya percaya awak, tapi saya tak tau nak kata macam mana,kita tak bertemu selalu, just nampak dari jauh jerkan..., tapi saya rasa awak macam berada depn saya...mungkin ini yang orang kata cinta agaknya, wak, wak cinta saya? tak hendak bagitau,,, tapi saya tau awak cinta saya... awak da malu nak jalan tempat saya lepak sebab malukan... hehehr...thank you...saya cinta awak...
5. wak, selain family, wak sayang siaper? siapa saya dalam hati awak?
6.wak, dari kawn kita just panggil saya awak saja, macam saya tak istimewa untuk awak saja saya teringin juga nak jadi macam kawn sebilik saya ini, panggil sayang... bolelah, bukan salah pun, just panggilan saja...thank you sayang...
7.yang, kekadang saya tengok ayg ini macam tak percaya saya saja,,, yela, saya just tanya awak pakai apa jerkan ;( hehehe... ye thank you bagitahu, makin sayang saya kat awak...
8,yang, saya nak ayang tau, ayang lah segalanyer untuk saya, sayang lah pemberi semangat untuk saya... yang, saya harap ayang dan saya tak ada rahsia lagi...jangan risau, ini kan membuktikan saya take care ayang kan... so, jangan risau k, ye... saya akan jaga rahsia kita... just mesej saja kan...
9.ayang dah lama kita mesej, boleh tak kitr jumpa? ye... ayang bawa lah kekawan k,,, thank you yang...
10.thank you panggil saya dengan panggilan abang,,, abang tunggu da lama da,,, abang tau, kita tak boleh pakser dalam perhubungan...
11.ayang, buat apa 2, nak cakap sikit, Kenapa ayang bawa satu batalion nak jumpa abang?? ayang tak percaya abang eh....
12.ayang kita jumpa k,,, abang suka ayang pakai tudung yang saya beli 2, yang macam wardina 2, bukan ayag tak cantik, just makin cantik,,,,nipis sikit saja..kita jumpa nanti ayang bawa lah seorang saja k...
13.ayg,abang nak minta maaf dengan apa yang jadi... abang tadi tersentuh jari ayg, thank you yang, tol cakap ayang, tersentuh tak apa...makin lah tebal cinta abang kat ayang.. ayang suka jumpa abang? thank you yang, tadi kasihan tengok kawn ayang duduk saja diam,...ye... nanti abang bawa kawn abang, boleh dia borak
14.thank you jumpa tadi,ayang cantik...abang romantik pun salah ke?
suka abang romantik eh, tadi jumpa da berani tenung abang.... thank you....
tengk kawan ayang dan kawan abgmcm melekat saja... senang lah kita jumpa...tengk, ALLAh membrkati kita...ayang da solat? doakan abang sekali k...
15.yang,just nak tanya... ayang cintakan abang berapa peratus?
apa tandanyer?50% saja...yang, nak tanya, rambut ayang pnjng tak, just terpikir,,,,
16.tadi terbeli tudung pendek, ,,, yang bagi kat ayang tu...yang, bagi lah gambar ayng special untuk abang pakai tudung 2...cantiknyer ayng...gambar ini abang buat wallpaper hp...
17.yang, cintakan abang berapa peratus? sepenuh hati? thank you!!!!!!! ilove u sayang....
18.yang, da lama kita couple, tak
19.kata ayang cintakan abang sepenuh hati... Kalau ayng cintakan abang apa buktinyer yang,,,,
SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR.....
PEGANG TANGAN-TERABE-TERSEDAP-TERLANJUR-TERBUNTING-
TERBUANG anak-TERKELUAR VCD LUCAH-TERMALU-TERTEKAN-TERSEKSA-TERBUANG-
---- -
JIKA INI BERTERUSAN, MUNGKIN TERBUNUH DIRI....
SEMUANYA TER....TER KE?????
jawab SENDIRIAN BERHAD, SEMUANYA BERMULA DARI SMS BERBUNYI,
hai, boleh saya kenal....
(ayng di atas tadi contoh mesej, anggap no itu stage stage untuk awak kearah.... ter.... berhenti sebelum, ter.....)




