Tuesday, February 9, 2010
Monday, February 8, 2010
Berlalu Sudah Sebuah Kenangan
Salam sejahtera buat semua........
Saturday, May 2, 2009
Wah.. Habis Sudah Keperitan untuk semester Empat
Friday, April 17, 2009
Baru Nak Update..huhuhu.....
Salam buat semua pelayar blog ini. Diucapkan berbanyak terima kasih diatas kesudian anda semua kerana sudi singgah untuk menatap isi kandungan blog saya ini. Dah lama saya tak update blog ni. perasaan yang bercampur baur dengan tugasan yang menggunung sejak dua menjak ni. hehehe...=)..Walau aper pun yang terjadi, diharapkan segala apa yang saya titipkan dalam ruangan ini bisa memberikan manfaat dan faedah bagi kita semua. Buat masa sekarang saya ingin mengucapkan Selamat berjuang untuk rakan-rakan yang bakal menduduki final exam pada minggu hadapan (21 April 2009). Usaha+Doa+Tawakkal= Kejayaan. Formula paling ampuh dalam meneruskan cita-cita yang murni demi mencapai sebuah kejayaan yang hakiki. Perbetulkan niat, sucikan hasrat, jadikan harapan ibu dan ayah sebagai azimat untuk memantapkan keutuhan motivasi dalam diri kita masing-masing. Ketepikan karenah rakan-rakan yang tidak memberi apa-apa manfaat kepada diri sendiri.
Read more...Saturday, November 22, 2008
Pengorbanan.....
Wednesday, November 12, 2008
Ermmm.... hari ini, saya rasa cukup tenang.. mungkin exam dah nak habis kot. hehehe... Ketenangan yang dicari membuatkan hati kita tenteram.. So, memandangkan tinggal satu lagi paper yang akan kududuki pada minggu depan, saya mengharapkan kalian yang membaca blog ini sama-sama mendoakan kejayaan dalam mengharungi dugaan untuk final paper yang akan datang.
Read more...Monday, November 3, 2008
Ketenangan Hati...
Allah, Tuhan yang telah menciptakan manusia malah seluruh alam ini telah menyatakan sebagai satu prinsip, “Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang?” (Ar-Ra’d: 28). Berzikir di sini membawa maksud yang luas, iaitu kita dapat menyebut dan mengingati Allah, merasakan kehadiran-Nya dan merasai keagungan-Nya di dalam setiap masa dan keadaan. Mana mungkin seseorang yang melihat Tuhan itu – dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya – berada begitu hampir dengan dirinya, masih boleh merasa tidak tenteram dan aman?Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan ‘nur’ kerohanian yang jernih, pasti akan mampu merasai ketenangan hidup dan kekentalan dan keharmonian emosi. Tuhan berfirman, “Dialah yang menurunkan ‘sakinah’ ke dalam hati orang-orang yang beriman!”(Al-Fath: 4). Erti ‘sakinah’ ialah ketenangan yang tetap.Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, adalah alat-alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati ini, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa, wudhuk dan lain-lain lagi. Semoga hati kita tidak ‘buta’ daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam ini. Sesungguhnya Dia-lah Allah, Zat Tunggal Maha Pencipta!





